5 Tips Mendidik Anak

mendidik anak
mendidik anak

mendidik anak

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Anak yang telah tertutup hati dan semangatnya akan mencetuskan masalah dan memporak-perandakan kehidupan keluarga dengan berbagai-bagai masalah seperti dadah, arak, rokok dan pelbagai masalah lagi. Luka di hati yang menjadikan mereka enggan menerima kebaikan. Oleh itu hati anak ini perlu dibukakan kembali. Tapi bagaimana caranya?

Berikut adalah 5 tips mendidik anak supaya hatinya terbuka dan mendengar nasihat anda.

1. Bermaafan
Cara pertama mendidik anak adalah dengan memohon kemaafan dengan seikhlas hati jika anda bersalah dan beri masa kepadanya untuk memberi tindak balas. Sekiranya dia berdiam diri, ini adalah petunjuk ada sesuatu perkara yang lebih parah. Tanyakan kepadanya perlahan-lahan jika wujud masalah disebaliknya. Jangan terhenti di situ sahaja. Memohon kemaafan bukanlah bererti kita lemah, tetapi satu petanda bahawa kita seorang yang berhati besar di dalam mendidik anak. Bila anda sanggup melakukan sebegini, maka anda boleh membetulkan kembali perhubungan yang telah tercalar.

2. Berusaha Melakukan Sentuhan
Sentuhan fizikal ialah satu daripada bahasa kasih sayang yang cukup berkesan dalam mendidik anak. Sentuhlah dengan lembut dan perlahan-lahan. Jangan terus dipeluk. Pastikan anda telah bersedia untuk menerima tindak balas yang tidak terduga sekiranya anak masih merajuk dan menepis atau mengelak daripada disentuh. Selalunya bila anak bertindakbalas sebegini kita sebagai ibu bapa akan hilang sabar dan melakukan sesuatu yang di luar kawalan seperti meninggikan suara atau memukul anak.

3. Jadilah Seorang Yang Lembut Hati
Gunakan nada suara, bahasa tubuh dan berkomunikasi dengan lembut. Biarkan dia merasai dirinya penting kepada anda. walaupun kesalahan itu bukan anda lakukan, adalah penting untuk anda berlembut. Apatah lagi jika anda yang menyebabkan luka di hatinya.

4. Tingkatkan Kefahaman
Dalam mendidik anak ibu bapa harus meningkatkan kefahaman diri dan letakkan situasi anda di tempat anak dan cuba rasai apa yang sedang dirasai oleh anak yang merajuk dan sakit hati itu tadi. Dengan meletakkan diri kita pada situasi anak tersebut lebih mudah untuk kita memahami dan tahu cara atau pendekatan yang terbaik bagaimana mahu memujuk anak.

5. Kenali Perbuatan Kasar
Jika anda memang bersalah, maka mengakulah. Perkara ini mungkin sesuatu yang sukar di dalam mendidik anak, terutama bagi kita yang dibesarkan dengan kepercayaan di mana ibu bapa tidak patut mengakui kesalahan di hadapan anak-anak kerana bimbang mereka akan hilang rasa hormat. Namun jika itu bukan kesilapan anda, cuma dia tersalah tafsir, maka berilah pandangan anda tanpa menidakkan apa yang disangkakanya. Terangkan dengan nada yang lembut supaya mudah dia menerima penjelasan anda.

Sebagai ibu bapa, di dalam mendidik anak-anak kita adalah mentor kepada anak-anak. Bila seorang ibu atau bapa boleh menelan egonya untuk membetulkan keadaan. Maka anak akan terdorong menurunkan egonya dan menjadi pengikut setia. Namun ingin diingatkan, bila mahu memohon maaf, mohonlah dengan ikhlas dan dengan tenang. Kita meminta maaf kerana sedar akan kesilapan yang dibuat dan ambil tanggungjawab membetulkan kerana sedar sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesalahan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/