5 Tips Mengatasi Stress

stress

Doa31

Kadang-kadang apabila kita bercakap tentang stress ataupun berasa tertekan, selalunya adalah disebabkan kita rasa yang kita mempunyai terlalu banyak perkara untuk dilakukan dan terlalu banyak hal yang bermain-main difikiran kita. Selain itu, stress boleh disebabkan permintaan yang tidak munasabah dan mustahil untuk kita tunaikan atau berhadapan dengan situasi yang tidak dapat dikawal. Stress yang teruk dan berterusan untuk jangka masa yang panjang boleh membawa kepada diagnosis kemurungan dan keresahan dan boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental. Stress boleh dikurangkan dengan mengenal pasti puncanya dan mengendalikannya dengan lebih baik dengan cara bertenang dan mungkin perubahan gaya hidup yang lebih teratur. Kali ini admin akan membantu anda secara “serious” dalam mengatasi “stress” ini..

JOM!! baca dengan teliti dan hadam dengan baik 5 tips mengatasi stress dibawah..!!

1. Pengurusan Masa Yang Baik

masa

• Cuba kenal pasti masa terbaik untuk anda melakukan tugas-tugas yang penting, ianya boleh jadi waktu pagi atau waktu petang. Pilih masa yang anda sangat bertenaga dan mempunyai daya tumpuan yang paling tinggi.
• Buat senarai perkara yang perlu anda lakukan dan cuba untuk mengubah tugas-tugas anda yang bosan kepada yang lebih menarik dan yang susah kepada yang lebih mudah.
• Cuba untuk tidak melakukan terlalu banyak perkara sekaligus ini kerana jika terlampau banyak perkara yang dilakukan serentak anda akan mula membuat kesilapan.

2. Bertindak Secara Positif

positif

• Sebaik sahaja anda selesaikan sesuatu tugas, ambil sedikit masa untuk berhenti seketika dan berehat dengan cara mengambil snek yang sihat (contoh buah-buahan), melihat langit dalam beberapa minit atau cuba lakukan senaman.
• Cuba lakukan sedikit perubahan tentang tempat anda dengan lebih memberi tumpuan dengan apa yang berlaku di sekeliling anda dan bukan berfikir tentang kebimbangan anda semata-mata. Cuba berjalan disekeliling tempat anda dan lihat sekeliling anda walaupun nampak mudah tetapi ia boleh memberi perbezaan yang besar untuk anda.
• Pada akhir setiap hari, duduk dan merenung apa yang telah dicapai dan fikir apa yang masih anda belum capai dan perlu lakukan. Hal ini lebih baik dari menghabiskan masa berfikir tentang kebimbangan anda.

3. Terima Hakikat

redha

Cuba untuk menerima perkara yang anda tidak boleh ubah. Kita tidak selalu dapat mengubah perkara yang kita tidak suka didalam hidup ini tetapi, anda boleh mencuba untuk mengubah sikap anda sendiri supaya anda tidak membina perasaan benci atau anda mula meluahkan perasaan anda pada orang lain dengan cara yang agresif.

4. Ketawa

ketawa

Ketawa adalah satu kegiatan yang baik untuk kesihatan anda. Dengan ketawa hidup anda akan menjadi lebih meriah dan menarik. Selain itu, ketawa dapat mengatasi stress, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah di dalam badan. Cuba cari sesuatu yang boleh buat anda ketawa seperti menonton filem komedi dan lain-lain.

5. Bermain Game

duniaku-manfaatgame

Ini merupakan cara mengatasi “stress” yang ramai orang lakukan. Anda dapat melupakan semua masalah anda dengan fokus kepada permainan game. Anda dinasihatkan untuk bermain game yang menyeronokkan dan bukan permainan yang susah kerana ia boleh menambahkan “stress” juga.

Walau apa pun cara kita untuk menangani stress, sebagai orang Muslim sejati mengambil wudhuk, melakukan solat dan membaca Al Quran adalah terapi paling baik bagi menangani masalah stress ini. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/