5 Tips Mengempiskan Perut

kempiskan perut
mengempiskan perut

mengempiskan perut

Salam sejahtera buat semua user petua bahagia. Bagaimanakah caranya untuk kita mengempiskan perut yang boroi? Disamping menjaga rumahtangga yang terjalin, penting juga untuk kita menjaga kesihatan diri dan badan kita terutamanya bahagian perut. Ini kerana lemak sangat mudah berkumpul di perut jika terdapat lebihan gula dalam badan.

Berikut adalah cara-cara untuk mengempiskan perut.

#1 – PEMAKANAN SEIMBANG

Cara pemakanan seseorang mempengaruhi jumlah kalori dan lemak yang di ambil. Pemakanan yang betul akan membantu membuang lemak di perut. Makanan seimbang seperti karbohidrat, fiber, mineral dan protein adalah sangat penting bagi membantu pembuangan lemak di perut dan mengempiskan perut. Karbohidrat membekal tenaga manakala fiber membantu pelawasan. Protein untuk menambahbaik kulit dan otot dan mineral membantu proses penyerapan tenaga dengan lebih baik.

#2- SAY NO TO JUNKFOOD
Junkfood ataupun makanan ringan ini mempunyai kadar MSG yang tinggi dan tidak sihat. Jika terlebih pengambilan makanan ini boleh menyebabkan lemak berkumpul di bahagian perut sekaligus menyukarkan kita untuk mengempiskan perut. Kita seharusnya boleh mengelakkan diri dari mengambil makanan yang telah diproses, makanan bergula, makanan bergoreng , makanan segera dan apa jua jenis makanan yang berlemak. Ini untuk mengelakkan sebarang kes terlebih lemak dan gula.

#3- ELAK MAKAN LEWAT MALAM
Cara yang terbaik untuk mengempiskan perut adalah hanya tidur selepas 2 jam waktu makan. Ini kerana makanan masih sempat diproses sebelum tidur dan mengelakkan lebihan gula yang akan ditukarkan kepada lemak. Kebanyakkan orang akan tidur selepas makan lewat malam dimana ianya salah.

#4- KURANGKAN MINUMAN BERGULA
Minuman seperti soda dan jus asli mengandungi kadar kalori yang tinggi yang dapat merosakkan usaha untuk mengempiskan perut. Banyakkan meminum air kosong atau air mineral untuk kesan yang lebih baik. Selain itu, tidak digalakkan meminum air selepas makan kerana boleh menambah buncit di perut. Hanya minum air selepas 1 jam anda makan.

#5- LAKUKAN SENAMAN
Senaman yang paling efisyen untuk mengempiskan perut adalah senaman kardio. Ianya termasuklah jogging, berjalan dan menaiki tangga. Senaman untuk mengempiskan perut ini dapat membakar kalori lebih banyak berbanding senaman yang lain. Ada yang mencadangkan untuk buat sit-up supaya perut lebih leper dan tidak buncit.

Admin cadangkan anda mempraktiskannya sekurang-kurangnya selama beberapa bulan untuk kesan yang lebih baik untuk mengempiskan perut anda dan ianya akan nampak lebih cantik dan slim.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/