5 Tips Mengurat Awek

lelaki-budiman_n1-111011
Mengurat

5 Tips Mengurat Awek

Pheewiittt!!!… Haiiiii… nak mengurat awak boleh?… alamak dia lalu je.. tengok pun tak nak.. choyy..haha!! Anda pernah lalui perkara ini?. tipulah kata tak pernah.. mesti ada punya tak banyak kali pun, sekali mesti ada. Masih single?.. susah jumpa jodoh?.. Jom follow tips dibawah.. confirm dapat awek lepas ni broo!!

1. Poket Tebal

duit-saving-13

 

Sebelum nak mengurat awek kena siapkan duit dalam poket tebal-tebal dulu..ini persiapan paling kritikal bro!!..zaman sekarang tak ada duit memang ke lautlah. Ok duit ini ada banyak kegunaannya dan salah satunya adalah untuk berkahwin, dah jumpa mak bapak dan-dan diorang tanya bila nak masuk meminang?…dah ada duit senang, terus masuk meminang je. Duit ini juga diperlukan untuk “investment” sebelum berkahwin contohnya untuk membeli baju supaya penampilan diri lebih menarik, beli bunga untuk si gadis dan lain-lain. Untuk si penganggur sila cari kerja dulu ye..

2. Penampilan Menarik

TipsBerpenampilanmenarikuntukpararemaja

 

Nak mengurat awek tak kan nak muka serabai mabai, rambut kusut, air liur masam bagai..Eeee..takmo lah macam tu, buruk benor. Sekarang kan popular dengan “Korean style” macam gambar kat atas ni..boleh la try, kot-kot kena dengan korang. Tapi kalau kulit hitam manis, muka bulat tak payahlah.. cukup setakat kemas dan nampak bersih. Bukan apa ini untuk mengelakkan korang diejek kawan-kawan yelah, nanti diorang cakap muka jawa budget korea.. haha!! Pedih bunyinya kan?.. Tapi itulah kenyataan yang harus diterima.. Nak bergaya biar kena tempatnya ok?.. Cari di google dan cuba mana-mana gaya yang sesuai dengan diri anda sebelum anda berniat untuk mengurat awek.

3. Ayat Manis

Pantun-Melayu-Jiwang

 

Ha…ingat Bangla je yang guna ayat manis ketika mengurat?.. ini lah salah satu sifat tipikal melayu kita, asal ayat manis je Bangla..haha!! Bukan ayat manis yang macam Bangla tu.. ini “the real one”.. nak mengurat awek mestilah menggunakan kata-kata yang sopan, baik dan boleh diterima si gadis. Perempuan sangat sukakan lelaki yang menghormati dirinya.. jadi anda kena lah jadi salah seorang daripadanya untuk membuka pintu hati si dia.

4. Rajin/ Budiman (Gentleman)

lelaki-budiman_n1-111011

Selain poket tebal, ayat manis dan berpenampilan menarik untuk mengurat awek anda mestilah mempunyai sifat yang rajin. Kalau si dia ada tertinggal barang ke, ataupun handphone terjatuh ke.. rajin-rajinkan diri untuk tolong kutip. Jika si dia ada masalah ke.. tonjolkan sifat budiman atau gentleman anda dengan mendengar masalah yang dihadapi. Lama-kelamaan si dia akan jatuh hati dengan sifat anda ini kerana si dia fikir bahawa dia mempunyai pembantu apabila sudah berumahtangga nanti. Hehe…

5. Jadi Diri Sendiri

i

Jadilah diri anda sendiri ketika mengurat dan jangan berlakon, kerana ini yang terbaik. Sekurang-kurangnya takdelah lepas kahwin nanti gaduh besar sangat, at least bakal isteri anda tahu serba sedikit tentang perangai anda..takdelah “culture shock” sangat nanti.. Jangan pura-pura tunjuk alim depan awek kalau setakat nak tarik perhatian sebab nanti lama-lama kantoi jugak.. just be yourself ..haa…gitu baru ok.. Ok admin dah share apa yang patut untuk korang follow.. tapi kalau rase agak-agak dah follow semua tapi still tak dapat awek..hmm… maknanya adalah yang tak kena tu..bawak-bawak lah pergi jumpa bomoh…tak pun mandi bunga ke..haha!!yang baik follow..yang tak baik baca je jangan follow..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/