5 Tips Menjaga Pakaian Putih

Pakaian Putih
Pakaian Putih

Pakaian Putih

Pakaian putih sememangnya sangat disukai oleh ramai orang dalam berfesyen kerana warna putih menyerlahkan kebersihan dan kesucian seseorang itu nampak segak dan ayu bagi wanita tetapi untuk menjaga kebersihan dan mengekalkannya apabila dibasuh pasti sesuatu yang agak sukar apatah lagi bila daki dan juga kotoran degil sudah melekat dan sebati dengan pakaian putih itu tadi.

Almari baju anda dipenuhi dengan pakaian putih? Pastinya membuatkan anda hampa apabila melihat baju atau pakaian putih yang digemari bertukar menjadi warna kekuningan atau kusam dek kerana kesan dari kotoran degil atau penurunan rona ceraian fesyen lain ke atas ceraian putih. Pakaian putih yang sudah kerap dipakai dan dicuci juga senang berubah warna, nampak kusam dan sudah hilang seri putihnya.

Di sini admin ingin kongsikan 5 tips menjaga pakaian putih agar serinya tahan lebih lama dan putih bersih seperti baru.

1. Perahan Buah Lemon

Pastikan anda membuang kesan kotoran terlebih dahulu sebelum ia mengering. Jika kesan kotoran masih tidak hilang pada pakaian putih biarpun setelah ia kering, basuh semula kerana kotoran tersebut akan menjadi kekal setelah pakaian putih tersebut kering sepenuhnya. Gunakan perahan lemon untuk menghilangkannya.

2. Rendam Guna Air Panas

Rendam pakaian putih di dalam air panas jika material pakaian tersebut boleh bertahan dengan suhu panas. Ini boleh membantu menghilangkan kesan kotor pada pakaian putih tanpa perlukan menggosok.

3. Jangan Campur

Cuci pakaian putih sahaja. Jangan campurkannya dengan pakaian yang berona. Ia akan menyebabkan penurunan rona pada pakaian yang berwarna putih.

4. Jus Lemon Dan Cuka

Tambah perahan jus lemon atau beberapa titisan cuka ke dalam air ketika bilasan terakhir untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada baju berona putih dan sekaligus ia mengekalkan rona putih bersih seperti baru. Bau cuka akan hilang setelah pakaian kering.

5. Peluntur Klorin

Gunakan peluntur klorin untuk mencuci pakaian putih kecuali linen atau pakaian yang bermaterialkan elastik. Jangan kerap membasuh stokin bersama peluntur kerana ia akan menjadikan stokin longgar. Jika sekali-sekala tidak mengapa, kerana takut penggunaan peluntur dengan kerap boleh menjadikannya bertukar menjadi kekuningan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/