5 Tips Miliki Hati Kawan Baik

Tanda Jatuh Cinta Pada Kawan Baik
Tanda Jatuh Cinta Pada Kawan Baik

Tanda Jatuh Cinta Pada Kawan Baik

Apakah definisi kawan baik bagi anda? Jika anda seorang lelaki dan kawan baik anda itu seorang perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik adakah anda rasa cukup selesa dengan panggilan ‘aku kau’ dan setiap kali kawan baik anda menceritakan tentang lelaki lain yang cuba menguratnya tiba-tiba timbul pulak rasa cemburu.

Istilah kawan baik dilabelkan sebagai ‘kawan sahaja’ oleh seseorang tetapi di dalam hati sebenarnya anda diam-diam menyukainya?  Anda mungkin merasakan mustahil untuk membuat perkataan ‘friendzone’ itu di dalam perhubungan anda berdua tetapi anda silap.

Mari ikut 5 tips admin di bawah ini untuk menjadikan hati kawan baik yang cantik itu milik anda.

1. Beri Layanan Berbeza

Sekiranya sebelum ini percakapan anda berdua agak kasar, cuba mula berlembut dengan kawan baik anda itu. Jika anda dan rakan-rakan sering keluar makan bersama, mungkin anda boleh masak sendiri dan pergi berkelah berdua. Atau jika sebelum ini anda sering mengutuk sesuatu tentang dirinya, mungkin anda boleh mula memujinya. Layan kawan baik anda berbeza dengan cara anda melayan rakan-rakan anda yang lain dan akhirnya kawan baik anda itu akan dapat tahu yang dia jauh lebih istimewa di hati anda daripada mereka.

2. Ambil Berat

Setelah anda dan kawan baik semakin rapat, beranikan diri anda untuk menyuntik sedikit elemen sayang di dalam perhubungan anda berdua. Ucapan selamat malam, selamat pagi, take care atau mungkin anda boleh menghantarkan ikon ciuman kepadanya di dalam pesanan ringkas anda. Anda boleh mula mengambil berat akan kesihatannya atau waktu makannya. Sekiranya sebelum ini anda berjumpa terus di sesuatu tempat untuk keluar bersama, kini anda boleh mula menjemputnya di rumah. Semua ini boleh membantu anda mendapatkannya.

3. Lakukan Siasatan

Siasat ciri-ciri pasangan yang disukainya. Sekiranya dia sukakan seseorang yang gemar bersukan, mungkin anda boleh mula bersukan untuk menarik perhatiannya. Mungkin anda boleh mengajaknya ke gelanggang futsal untuk menyaksikan anda bersukan. Sekiranya anda berdua mempunyai minat yang sama dan ada sedikit ciri-ciri yang disukainya, anda tidak mustahil boleh menjadi pasangannya.

4. Mulakan Dengan Kasual

Sekiranya sebelum ini anda sering keluar bersama rakan-rakan yang lain, cuba ajak si dia keluar berdua. Tetapi jangan terus merancang candlelight dinner, terkejut dia nanti! Mungkin anda keluar makan dan berbual secara kasual yang tidak menampakkannya seperti temu janji. Lama kelamaan, sekiranya si dia sudah menjadi selesa dan banyak berkongsi rahsia dengan anda, tidak mustahil perkataan ‘friendzone’ itu terlucut secara automatik.

5. Aktiviti Kawan-kawan

Sekiranya sebelum ini anda sering berdua sering ke Restoran mamak atau stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak bersama, mungkin anda boleh hentikan aktiviti ini buat sementara waktu. Buang perkataan kawan dengan melakukan aktiviti yang boleh memberi memori manis ‘status’ baru di dalam perhubungan anda berdua dan tinggalkan segala aktiviti yang mengingatkan anda tentang persahabatan anda berdua.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/