5 Tips Miliki Kaki Seksi Menawan

Kaki Seksi Menawan
Kaki Seksi Menawan

Kaki Seksi Menawan

Seorang wanita yang menjadikan bidang peragaan sebagai kerjayanya pasti mempunyai kaki seksi menawan dan pakej yang lengkap sebagai seorang model profesional. Bukan hanya model sahaja yang boleh memiliki kaki seksi menawan anda juga boleh jika mahu memilikinya dengan mengamalkan beberapa tips dan panduan amalan penjagaan kaki anda.

Memiliki kaki seksi menawan persis seorang peragawati pastinya menjadi impian setiap gadis. Potongan kaki yang lurus dan ilusi kaki yang panjang sekaligus mencantikkan apa jua gaya skirt atau celana yang dipakai. Apatah lagi jika kasut tumit tinggi yang disarungkan menjadikan gaya anda lebih feminin dan seksi.

Apakah rahsia untuk mendapatkan kaki seksi menawan yang diidamkan ini? Mari admin kongsikan 5 tips dibawah ini untuk anda miliki kaki seksi menawan bak seorang modelling profesional.

Woman-with-beautiful-legs

1. Elak Guna Lif, Gunakan Tangga

Kemudahan lif di kebanyakan pejabat dan pusat beli-belah tidak akan membantu anda untuk mendapatkan potongan kaki seksi menawan yang diidamkan. Tips terbaik, gunakan anak tangga untuk tiba ke aras yang dituju. Amalan ini bukan sahaja dijadikan senaman terbaik malah perjalanan darah menjadi lebih lancar sekaligus menyerlahkan lagi kesan toning di bahagian kaki. Tetapi tidak digalakkan jika sekiranya anda memakai kasut tumit tinggi kerana dibimbangi boleh menyebabkan kecederaan.

new-lead-leg

2. Minum Air Sebanyak Mungkin

Hampir setiap hari kita diingatkan supaya meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Fakta ini sebenarnya benar-benar membantu anda bukan sahaja untuk mendapatkan kesihatan yang optimum malah untuk mendapatkan kaki seksi menawan. Amalan ini dapat membuang toksik, mengurangkan kesan kedutan, selulit juga mengekalkan tahap hidrasi di bahagian kaki anda.

17170552_6291

3. Rehatkan Kaki Anda

Memakai kasut tumit tinggi sehingga berjam-jam akan menyebabkan kaki anda terasa sakit, penat dan lenguh. Jika dibiarkan tanpa rehat, tindakan ini akan mengakibatkan tekanan di bahagian kaki hingga mengganggu kelancaran aliran darah. Untuk itu, rehatkan kaki anda sekurang-kurangnyanya 10 hingga 30 minit sehari selain meletakkan kaki di atas permukaan lembut pada kedudukan yang lebih tinggi untuk memulihkan kepenatan di kaki.

122375889_871n

4. Dapatkan Permukaan Kaki Yang Licin

Kaki yang berbulu adalah perkara terakhir untuk dilihat! Bukan sahaja ia menjadikan permukaan kaki kelihatan tebal malah ia akan menjadikan warna kulit kaki anda lebih gelap. Untuk mengatasinya, gunakan kaedah waxing, pencukur razor mahupun hair removal cream yang selamat untuk digunakan. Ingat! Pastikan anda tidak mendapatkan krim yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia atau pencukur razor yang tumpul.

122375889_991n

5. Amalkan Diet Makanan Yang Sihat

Pengambilan makanan yang berlemak dan tidak sihat hanya akan menambahkan lagi selulit di bahagian kaki selain kulit yang kering. Sebaliknya, amalkan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan jus agar kandungan darah di dalam tubuh badan mampu menyerap vitamin dan mineral yang berkhasiat untuk disalurkan hingga ke bahagian kaki. Selain itu, pengumpulan lemak juga mampu dikurangkan dengan lebih berkesan!

hAE9H5e

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/