5 Tips Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan Kesihatan

Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di rumah jika anda mengambil inisiatif untuk melakukannya dengan membeli peralatan di farmasi. Biasanya orang yang melakukan pemeriksaan kesihatan di rumah adalah orang yang pernah dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dan atas faktor itulah doktor menasihatkan waris atau anak membeli alatan di farmasi dan buat pemeriksaan kesihatan dan juga pemantauan harian kadar kandungan gula dalam darah dan tekanan darah ibu bapa mereka di rumah.

Alat mengukur tahap gula dalam darah dan tekanan darah adalah 2 alatan yang sangat penting dan harus dimiliki oleh setiap rumah. Dengan adanya dua alatan ini, pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan secepat yang mungkin dan jika ianya menunjukkan keputusan di paras merbahaya pesakit boleh cepat-cepat dibawa ke klinik atau pun hospital untuk pemeriksaan kesihatan lebih lanjut.

Untuk artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 tips pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan di rumah secara asas.

1. Meja Kerja

Jika keadaan meja kerja anda bersepah dan berhabuk, ia juga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Bersihkan meja kamu seminggu sekali. Habuk yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan sakit kepala, kesesakan, asma, atau alahan.

2. Pemeriksaan Kesihatan Air Kencing

Banyak yang boleh anda ketahui dari pemeriksaan kesihatan melalui air kencing selain daripada pemeriksaan kehamilan atau jangkitan pada saluran kencing. Menurut Nancy Guberty, pakar pemakanan dan jurulatih gaya hidup sihat yang diperakui, terdapat lebih tujuh puluh petanda dalam air kencing yang boleh menentukan keadaan kesihatan badan anda. Sebagai contoh, “pengumpulan asid organik tertentu di dalam air kencing ialah isyarat perencatan metabolik atau blok,” kata Guberti. Bermakna badan anda kekurangan vitamin.

3. Gigi

Ramai yang tidak peka tentang pemeriksaan kesihatan gigi. Perlu tahu, sebarang masalah gigi mempunyai hubung kait dengan hati, jantung, sistem pencernaan dan beberapa lagi bahagian di badan. Pemeriksaan kesihatan gigi perlu dilakukan setiap enam bulan sekali.

4. Kulit

Berjemur di bawah matahari ketika di pantai boleh merosakkan kulit hasil pancaran matahari. Dapatkan pemeriksaan kesihatan pakar kulit jika terdapat sebarang tanda seperti bintik hitam pada kulit.

5. Berat Badan

Jangan ambil mudah jika berat badan anda cepat naik atau turun kerana ia memberi isyarat tentang keadaan kesihatan anda kata Dr Julie Chen, doktor pakar pemeriksaan kesihatan. Jika anda mengalami kekurangan berat badan yang banyak, anda mungkin menghidapi kanser, hipertiroidisme, penyakit auto imun, penyakit kronik, dan kemurungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/