5 Tips Pengaruhi Kesuburan Wanita

Tips Pengaruhi Kesuburan Wanita
Tips Pengaruhi Kesuburan Wanita

Tips Pengaruhi Kesuburan Wanita

Ternyata kesuburan wanita itu sangat penting untuk seseorang wanita itu mencapai kehamilan. Namun, tak semua wanita bernasib baik! Ada sebahagian wanita yang mengalami masalah tentang kesuburan. Situasi ini membuatkan mereka sukar untuk mendapat zuriat atau anak dengan cepat. Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu tidak subur.  Jom, semak apa yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan wanita.

Apa 5 benda perkara atau masalah yang selalu membelenggu dan mempengaruhi tahap kesuburan wanita yang ingin admin kongsikan bersama para pembaca Petua Bahagia seperti yang tertera dibawah ini.

1. Hindari Stress Berlebihan

Jangan tak percaya, bahawa stress mampu mengundang permasalahan terhadap kesuburan wanita. Hindari membawa keadaan huru-hara di pejabat ke rumah kerana ia boleh mengundang stress yang berlebihan. Selain itu, merokok juga boleh mempengaruhi kesuburan wanita. Zat yang terkandung pada rokok sangat berbahaya untuk organ peranakan. Bahkan merokok pun boleh membuatkan wanita mengalami menopause semulajadi. Akibatnya, wanita tersebut sukar hamil.

2.  Kepentingan Vitamin

Vitamin merupakan penyokong utama di dalam mempengaruhi tahap kesuburan wanita. Pelbagai jenis vitamin terdapat di pasaran, namun anda harus bijak memilih yang terbaik. Adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli atau memakannya.

3. Masalah Berat Badan

Kelebihan berat badan, sama ada  terlalu gemuk ataupun terlalu kurus juga tidak baik untuk sistem peranakan dan kesuburan wanita. Berat badan yang terlalu gemuk akan menganggu kelancaran haid. Ada kajian mengatakan, wanita memerlukan berat badan dengan kandungan lemak 17 hingga 21 peratus supaya dapat melalui proses kesuburan secara teratur. Jadi, untuk memilikinya jagalah berat badan anda dengan melakukan senaman serta menjaga pola pemakanan yang teratur.

4. Jaga Pola Pemakanan

Pengambilan makanan yang tidak sihat boleh mempengaruhi kesuburan hormon. Perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C, E dan B kompleks, terutamnya B6. Vitamin tersebut dikatakan sangat penting untuk pembentukan serta gerak kerja hormon. Selain itu, banyakkan makan taugeh dan kacang tanah kerana ia mengandungi lemak esensial yang baik untuk kesuburan hormon.

5. Pengambilan Makanan Organik

Makanan organik merupakan makanan yang bebas daripada bahan kimia seperti ‘pestida’. Zat negatif tersebut akan mempengaruhi hormon progesteron yang baik untuk kesuburan. Progesteron adalah hormon yang berfungsi menghasilkan dan mematangkan sel telur serta menyiapkan dinding rahim bagi kehamilan. Tanpa progesterone kehamilan tidak mungkin akan terjadi.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/