5 Tips Penjagaan Bayi Demam

bayi demam
bayi demam

bayi demam

Salam sejahtera buat pembaca petua bahagia..  Apabila kita bercakap tentang bayi demam mesti ramai ayah dan ibu diluar sana yang sangat risau dan lagi-lagi anak pertama boleh jadi panik dan tak tahu nak buat apa. Demam boleh dikatakan serius untuk bayi di bawah 6 bulan kerana agak jarang untuk bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini adalah petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Jika suhu badan bayi demam melebihi 38 darjah C atau lebih dan kelakuan bayi aneh dan tidak aktif segeralah bawa ke klinik berhampiran. Hari ini admin nak share pasal macam mana nak jaga bayi ketika demam dan cara-cara yang betul dalam mengendalikan situasi itu

1. SUKAT SUHU BADAN BAYI

Suhu badan yang normal adalah 36.7 C ke bawah. Sukat suhu anak anda dan jika ia melebihi 38 C ambil inisiatif untuk turunkan suhu itu terlebih dahulu. Jika bayi anda 8 minggu keatas boleh lah berikan dia ubat bayi demam (paracetamol) mengikut sukatan yang disarankan oleh doktor.

2. TUAM KEPALA DAN BADAN BAYI DEMAM

Jika suhu terlalu panas ambil tuala dan rendam di dalam air paip kemudian tuam ke seluruh badan anak anda terutamanya di bahagian kepala. Ini kerana kebiasaaannya bayi demam akan mengancam bahagian kepala bayi dahulu diikuti yang lain. Kemudian tuam di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki. Tuala itu perlu di celup semula dengan air setelah digunakan.Pakaikan pakaian nipis untuk si bayi supaya haba senang untuk keluar dari badannya. Sekiranya suhu masih panas segera mandikan dengan air sejuk.

3. BERIKAN BANYAK CECAIR

Berikan anak anda air masak yang secukupnya. Suhu badan yang meningkat akan menyebabkan badan mudah kekeringan air. Badan yang kekurangan air akan menjurus kepada ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan dan jika berterusan bayi demam boleh terkena sawan, kerosakan buah pinggang dan otak dan boleh menyebabkan kematian. Jika anak anda minum susu formula, berikan susu formula yang selalu dia minum dan jika masih menyusu badan, beri sekerap yang mungkin supaya panas badannya berkurang. Jika tekaknya sakit untuk minum tampalkan “Kool fever” untuk kurangkan sakit tekak. Jus buah yang dicairkan, sup ayam atau sup daging, air nasi, air kelapa, air barli juga boleh diberikan jika anak anda sudah besar.

4. GUNA DAUN BUNGA RAYA

Petua orang dulu harus dipercayai dan boleh diamalkan. Jika suhu anak anda masih belum turun, anda petik beberapa helai daun bunga raya secara ganjil 5,7 atau 9, basuh dan kemudian rendam selama 30 minit. Kemudian potong kecil-kecil daun tersebut tapis dan ambil lendirnya. Celupkan tuala dalam lendir daun itu dan kemudian lumurkan di kepala dan seluruh badan bayi demam buat selama 20-30 minit, In shaa Allah suhu anak anda akan turun.

5. BERI ANAK MAKAN BUBUR

Anda harus pastikan perut anak anda tidak kosong. Bayi demam kurang selera makan kerana tekak mereka sakit akibat suhu badan yang panas. Masakkan bubur kosong dan letak sedikit garam sahaja. Pastikan dia mampu makan untuk sembuh dari demam. Berikan makanan yang lembut dan tidak menyakitkan tekaknya. Jika dia tidak makan, badan tidak dapat melawan penyakit. Tips ini khas untuk anak anda yang sudah besar dan boleh makan. Boleh juga berikan aiskrim vanila untuk meredakn sakit tekak.

Sekian perkongsian buat kali ini..harap ianya bermanfaat..

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/