5 Tips Penjagaan Kasut

Tips Penjagaan Kasut
Tips Penjagaan Kasut

Tips Penjagaan Kasut

Pada artikel kali ini admin ingin berkongsi dengan pembaca betapa pentingnya hal penjagaan kasut untuk tahan lama dipakai. Apatah lagi jika kasut yang dibeli itu sangat cantik, selesa dan mahal tentu anda akan merasa frust apabila ianya cepat rosak dan koyak akibat daripada penjagaan kasut yang tidak dititikberatkan.

Kasut sukan yang mahal seperti jenama Adidas, Nike, Puma dan Reebok pastinya diminati oleh mereka yang suka bersukan dan bersenam, sebab itu penjagaan kasut ini harus dititikberatkan kerana biasanya selepas digunakan atau dipakai kasut ini jarang sekali dibasuh. Penjagaan kasut jenis ini selalunya sering diabaikan oleh pemiliknya.

Geram betul! Baru sahaja beli kasut tetapi sudah rosak. Adakah anda mengalami situasi seperti ini? Jika ya, mungkin sebab utamanya adalah kerana anda tidak menitikberatkan hal penjagaan kasut dengan betul.

Di bawah ini admi nsenaraikan 5 tips penjagaan kasut untuk memanjangkan hayat kasut anda.

 1. Suhu Bilik

Sekiranya kasut anda basah kerana hujan, jangan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkannya! Biarkan ia kering di dalam suhu bilik. Dalam hal penjagaan kasut, haba yang berlebihan boleh merosakkan kasut, menjadikannya longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.

2. Open Air

Simpan kasut di dalam tempat yang terbuka atau open air untuk membolehkannya bernafas. Selain pengudaraan yang bagus untuk penjagaan kasut ia juga dapat mengelakkan kasut daripada berbau.

3. Kertas Atau Surat Khabar Lama

Sumbatkan kertas atau surat khabar lama di dalam kasut untuk mengekalkan bentuknya. Dengan cara penjagaan kasut ini juga dapat mengelakkan binatang seperti lipas dan juga serangga lain duduk bersarang di dalam kasut anda.

4. Guna Mesin Basuh Dan Cucian Tangan

Kasut kanvas atau berfabrik boleh dicuci menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Tetapi untuk penjagaan kasut anda selepas dicuci anda harus meletakkan surat khabar lama di dalam kasut tersebut sebelum dicuci untuk mengekalkan bentuknya.

5. Segera Basuh

Sekiranya kasut anda kotor atau terkena lumpur, basuh dengan segera. Lumpur membuatkan kasut kesayangan anda cepat reput dan koyak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/