5 Tips Penjagaan Ketiak

Penjagaan Ketiak
Penjagaan Ketiak

Penjagaan Ketiak

Bukan hanya wajah sahaja yang perlu dijaga rapi dan bersih, tetapi penting juga untuk anda menjaga kebersihan di bahagian bawah lengan atau pun ketiak. Ia adalah kunci untuk kekal berkeyakinan sentiasa.

Jika tubuh mengalami masalah bau badan, apa yang perlu dipersalahkan adalah bagaimana anda menjaga kebersihan pada bahagian bawah lengan atau ketiak. Jangan sampai orang di sekeliling anda menjauhkan diri dek kerana bau badan. Kadang-kadang kita tidak perasan bau badan yang datang pada diri kita akibat berpeluh menyebabkan orang merasa tidak selesa.

Jadi, untuk artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 tips penjagaan ketiak untuk anda cuba amalkan.

1. Lakukan Waxing 

Pakar mendapati bahawa kesan gelap di kulit bawah lengan atau ketiak sebenarnya bukan berpunca daripada kaedah mencukur. Tetapi ia sebenarnya merupakan bayangan bulu yang tertanam di bawah lapisan kulit dan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut kelihatan sedikit gelap. Jadi, apa kata anda cuba kaedah waxing untuk membuang dan membersih kulit ketiak.

2. Jangan Mencukur Bulu Ketiak

Jika anda ingin mencukur buku ketiak pada bahagian bawah lengan tanpa menggunakan sebarang krim dan ketika kulit ketiak kering, anda pasti tahu apa akibatnya pada kulit. Bukan hanya mengakibatkan melecet, malah boleh menyebabkan kulit kemerahan serta tidak menyelesakan. Jadi, pastikan anda mencukur tidak kira kala mandi atau pun gunakan krim mencukur.

3. Lakukan Pengelupasan Kulit Ketiak.

Hakikatnya, bahagian bawah lengan kita atau kulit ketiak mempunyai banyak sel kulit mati dan kotoran. Dengan pengelupasan yang kerap, ia baik dalam memastikan kulit sentiasa lembut. Pastikan anda menggunakan produk pengelupasan yang lembut kerana kulit pada bahagian bawah lengan adalah  sensitif.

4. Gunakan Deodoran Dan Antiperspirant. 

Deodoran direka hanya untuk memastikan tiada bau badan ketika anda berpeluh. Manakala antiperspirant dicipta untuk memastikan tubuh tidak berpeluh pada awalnya. Guna dan sapukan deodoran yang mempunyai kombinasi kedua-duanya pada ketiak anda untuk kekal kering dan berbau segar sentiasa tidak kira apa sahaja yang anda lakukan.

5. Berikan Lembapan.

Kulit di bahagian bawah lengan mudah berlaku masalah kekeringan, dan disebabkan itu anda perlu menggunakan pelembap pada bahagian tersebut seperti mana anda lakukan pada bahagian kulit yang lain. Hanya pastikan ia kekal hidrat dan segar sentiasa.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/