5 Tips Pikat Hati Mentua

Pikat Hati Mentua

Pikat Hati Mentua

Pikat Hati Mentua

Kebahagiaan bukan sahaja dengan pasangan anda sahaja malah dengan keluarga baru anda. Lebih-lebih lagi mentua. Jangan tersiap langkah dalam mengambil hati ibu bapa pasangan kita. Tidak semua orang yang mempunyai hubungan yang sangat mesra dengan mentuanya kerana mereka masih lagi malu-malu dan menganggap mentua itu harus dihormati dan kadang-kadang menganggap mentua itu bukan ahli keluarga mereka sendiri.

Ternyata sikap yang berprasangka beginilah yang akan membuatkan anda jauh daripada mentua anda sedangkan mentua memang mengharapkan anak menantunya sentiasa bertanyakan khabar dan mengambil hatinya. Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk pikat hati mentua sama juga bagaimana anda cari jalan untuk pikat hati anaknya untuk dijadikan isteri.

Admin ingin berkongsi 5 tips bagaimana pikat hati mentua dan keluarga baru anda.

1. Bangun Awal

Sesekali bila pulang ke rumah mentua jangan lewat bangun tidur. Rajinkan diri untuk yang pertama bangun dan yang terakhir tidur. Bunyinya mungkin sukar tapi ini merupakan praktis terbaik untuk anda menjadi isteri dan menantu yang faham akan maksud tanggungjawab. Tidak sukar sebetulnya, lama-kelamaan hal ini akan menjadi rutin yang berguna terutama apabila sudah masa menimang cahaya mata nanti.

2. First Impression

Ingat bagaimana kali pertama anda bertemu dengan bakal suami dulu? Macam itu jugalah persiapan untuk bertemu dengan bakal mentua. Fizikal harus kemas dan sopan. Tidak semestinya lengkap berbaju kurung buat bakal mentua menyukai anda, dengan gaya kasual sekalipun, asalkan kemas dan tidak terdedah sana sini sudah memadai.

3. Tutur Kata

Harus rendah suara dan ringan mulut. Orang tua kalau kena cara dilayan mereka akan cepat dekat dengan anda. Komunikasi berkesan tentu sahaja mampu membuatkan hubungan anda dengan mentua erat. Tawan hati mereka dengan tutur kata lembut dan penting untuk anda sentiasa mendengar apa pun cerita yang mereka ingin kongsikan. Jika mereka sudah mula mahu bercerita dengan anda maknanya mereka sudah percaya akan chemistry yang tercipta.

4. Jadi Diri Sendiri

Susah untuk jadi diri sendiri depan mentua? Tidak juga, kuncinya mudah – anda hanya perlu faham cara mereka. Apa yang disukai dan tidak. Jika anda betul-betul faham tiada masalah untuk anda menjadi diri sendiri dan perlahan-lahan mentua akan melihat juga menerima siapa anda dengan janji lakukannya dengan jujur bukan terpaksa.

5. Sense Of Humor

Berbalik soal komunikasi. Fakta yang perlu anda tahu, orang tua suka diusik jika isunya dekat dengan apa yang mereka suka. Jika perbualan yang dikongsi membosankan anda, ‘twist’ cerita mereka dalam nada bergurau tetapi jangan berlebihan dan kalau boleh berpakat dengan pasangan bagi meyakinkan setiap ‘jenaka’ yang cuba dijual untuk memikat hati mereka.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/