5 Tips Pilih Ayam Segar

Tips Pilih Ayam Segar

 

Tips Pilih Ayam Segar

Tips Pilih Ayam Segar

Setiap kali pergi ke pasar untuk membeli ayam segar pasti ianya satu cabaran buat suami yang jarang pergi ke pasar untuk membeli barang basah. Orang lelaki biasanya akan menyerahkan bulat-bulat tugas kepada peniaga untuk memastikan ayam yang dibelinya adalah ayam segar. Jika kena pada peniaga yang jujur Alhamdulillah tetapi bila terkena sebaliknya pandai-pandailah jawab dengan bini ye.. Hehehe…

Kalau beli makanan dalam tin boleh lah kita tengok tarikh luputnya (itu pun entah betul ke tidak).. Tapi kalau beli barang basah macam ayam segar, ikan, daging dan sebagainya nie kita kena lebih berhati-hati lagi kerana kuman atau bakteria lebih senang hinggap kat benda-benda basah nie.. At least bila sedaya upaya untuk elak dari terbeli atau membeli ayam lama atau ayam yang dah hampir nak busuk nie, risiko untuk terkena keracunan makanan dapatlah dikurangkan ye tak..

Yg paling bestnya, bila belajar pasal petua macam nie aktiviti ke pasar nie  dah tak boring sangat. Sebaliknya dah rasa macam ada ‘thrill’ lak… Ye lah selama nie main percaya bulat-bulat jer kat penjual ayam tuh.. sekarang nie bolehlah tunjuk pandai sikit macam mana nak pilih ayam segar baru peniaga ayam tak berani nak tipu dan respek sikit kat anda..hehe…

Petua Memilih Ayam Segar

Ini ada 5 tips atau panduan cara nak pilih ayam segar  di pasar :

1. Warna Putih Kekuningan

Daging ayam segar biasanya berwarna putih kekuningan.  Kata orang kalau dah putih sangat tu ayam tuh mungkin tak sihat sebab tuh kulitnya putih jer macam orang pucat.

2. Daging Menganjal

Dengan cara yang tertib dan sopan..hehe.. cuba tekan daging ayam tu dengan jari korang. Daging ayam segar akan dengan cepat menganjal kembali ke bentuk asal. Kalau kesan jari tu ambil masa agak lama baru nak hilang, maknanya ayam tu dah tak segar dagingnya.

3. Kulit Dan Daging Yang Cantik Luaran

Kata pepatah, cantik di luar maka cantiklah di dalam (betul ker ada pepatah macam ni.. hehe..).. Anyway, panduan seterusnya adalah pilih yang kulitnya kelihatan cantik. Cari yang tak kelihatan macam ditebuk-tebuk atau robek dan terlalu banyak kesan luka. Bukan apa, selalunya dari lubang luka nie lah kuman atau bakteria nie lebih sedang menyelinap masuk kat dalam ayam tuh.

4. Tulang Patah

Sebolehnya kalau taukey ayam tuh tak marah ler.. cuba angkat ayam tuh dan cuba rasa atau perhatikan samada tulang-tulang dalamannya macam terkelepek atau dah patah.  Jangan beli ayam yang terlalu banyak tulang yang patah.

5. Lembik Dan Berlendir

Selain tu kalau ayam tu rasa macam lembik dan banyak sangat lendirnya, maknanya daging tuh dah lama dan dah tak segar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/