5 Tips Pilih Pakaian Dalam Wanita

Pakaian Dalam Wanita
Pakaian Dalam Wanita

Pakaian Dalam Wanita

Pemilihan pakaian dalam wanita baik bra mahu pun seluar dalam sememangnya agak rumit dan complicated. Ini kerana ada beberapa ciri-ciri teknikal yang harus diberi penekanan sebelum memilih atau membeli pakaian dalam wanita. Berbanding dengan pakaian dalam lelaki yang agak ringkas dan simple di dalam pemilihannya.

Terus terang admin katakan, admin berasa agak malu kerana sehingga kini admin masih tidak mahir memilih pakaian dalam wanita iaitu seluar dalam dan bra sendiri kerana sebelum ini ibu yang sentiasa membelinya untuk admin. Pertama kali membeli, admin tidak mencuba terlebih dulu dan akhirnya cuma hanya pakai sekali sahaja kerana tidak gemar dengan bentuk mangkuknya.

Untuk anda yang mengalami situasi seperti admin, di sini admin kongsikan 5 tips pilih pakaian dalam wanita untuk dipraktikkan bersama.

1. Tip Ketika Mencubanya

Jangan sesekali anda membeli pakaian dalam wanita atau bra tanpa mencubanya terlebih dahulu. Nilai keselesaannya dan sarungkan semula baju anda selepas mencubanya. Sekiranya bentuk payudara terletak dan nampak cantik, that’s the perfect bra for you.

2. Kenali Bentuk Payudara Anda

Sekiranya anda mempunyai saiz payudara yang besar, dawai di dalam mangkuk bra anda adalah sangat penting. Untuk mengelakkan payudara anda  mengendur selari  peningkatan usia, jangan sesekali membeli atau memakai bra tanpa dawai. Bra berdawai bukan sahaja boleh menampung payudara anda malah ia boleh memberikan bentuk yang lebih penuh dan sempurna kepadanya.

3. Push-up Bra

Sekiranya anda mempunyai saiz payudara yang bermangkuk C atau D, janganlah mengenakan pakaian dalam wanita jenis bra push up atau bra yang mempunyai padding. Ia akan membuatkan saiz payudara akan menjadi terlebih besar dan memberikan bentuk yang pelik kepadanya. Push-up bra sesuai untuk mereka yang mempunyai saiz payudara  sederhana untuk menambahkan saiz cup dan memberi bentuk yang penuh kepada payudara.

4. G-String

Bukan semua gemar mengenakan pakaian dalam wanita jenis seluar dalam g-string kerana ada yang merasakan ia tidak selesa untuk dikenakan. Jangan membazir dengan membeli terlalu banyak g-string, mulakan dengan membeli sehelai sewaktu jualan murah. Sekiranya anda rasa selesa mengenakannya, barulah anda beli lagi mengikut keperluan. Dinasihatkan untuk g-string, janganlah anda membeli yang terlalu murah kerana fabriknya yang rendah kualiti mungkin akan merengsakan bahagian sulit anda.

5. Seamless

Oleh kerana garisan pakaian dalam wanita atau seluar dalam anda akan mencacatkan gaya sekiranya anda mengenakan pakaian yang ketat, setiap wanita harus memiliki seluar dalam seamless. Bukan itu sahaja, anda perlu mengelakkan lace bra ketika mengenakan pakaian yang ketat kerana tekstur fabriknya akan jelas kelihatan di permukaan baju anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/