5 Tips Pujuk Lelaki Merajuk

Pujuk Lelaki Merajuk
Pujuk Lelaki Merajuk

Pujuk Lelaki Merajuk

Lelaki merajuk jarang kita dengar kerana kebanyakan lelaki diciptakan dengan mempunyai hati yang ‘keras’ dan tidak mudah terasa hati apabila sesuatu benda yang remeh-temeh berlaku ke atas dirinya. Namun jika ianya berterusan dan berlaku secara direct oleh insan yang paling dia sayangi sudah tentu hati lelaki merajuk dan mengharapkan orang yang melukakan hatinya itu memujuknya kembali.

Lelaki juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Mungkin anda jarang melihat lelaki merajuk dan sentiasa menerima kerenah anda seadanya. Tetapi bila kerenah anda melampaui batas, mereka mula berjauh hati dan lelaki merajuk. Jangan abaikan perasaan mereka. Ambil tahu apa yang anda perlu lakukan untuk memujuk hati si dia yang sedang merajuk.

1. Tahu Masa Yang Tepat Dan Sesuai

Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan punca mengapa lelaki merajuk dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.

2. Beri Masa Sendirian

Apabila lelaki kesayangan anda merajuk, mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.

3. Sentiasa Beri Sokongan

Bila lelaki merajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.

4. Jangan Tanya Perasaannya

Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.

5. Buang Ego Wanita Untuk Memujuk

Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama lelaki merajuk, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.

6. Buat Kejutan Sempurna

Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau sediakan makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/