5 Tips Pulih Cinta Pandang Pertama

Cinta Pandang Pertama
Cinta Pandang Pertama

Cinta Pandang Pertama

Cinta pandang pertama sememangnya menjadi saat indah yang tidak boleh dilupakan oleh seseorang. Ini kerana dengan cinta pandang pertama lah anda mula belajar bercinta dan mencintai seseorang. Cinta pandang pertama juga lebih dikenali sebagai cinta monyet dan kebanyakan berputik masa zaman sekolah lagi.

Cinta pandang pertama yang berjaya ke jinjang pelamin adalah satu kejayaan pada anda dan pasangan kerana berjaya mengekalkan kesetiaan dan tidak berubah hati walaupun banyak halangan dan cabaran dilalui. Nisbah cinta pandang pertama yang berjaya tidak banyak kerana ramai yang putus di pertengahan akibat berbagai faktor. Antaranya ialah pasangan sudah melanjutkan pelajaran ke universiti dan bertemu kekasih hati yang baru. Begitu juga faktor kecurangan yang sering menganggu sesetengah pasangan yang hidup berjauhan.

Seseorang yang gagal bercinta pada cinta pandang pertama sememangnya sukar untuk melupakan kekasih hati kerana menganggap dirinya tidak akan berjumpa lagi dengan orang yang memahami, mengambil berat dan menyayangi dirinya.

Bagaimanakah untuk pulihkan cinta pandang pertama? Kali ini admin ingin kongsikan 5 tips pulihkan cinta pandang pertama anda :

1. Lupakan Kisah Lama

Sebelum memulakan perbincangan atau perbualan dengan perempuan atau wanita yang baru anda kenali, tanya sama ada dia sudah berpunya atau tidak. Bimbang jika anda jatuh hati pada seseorang yang dah berpunya ini akan menambah kekecewaan anda dan memburukkan lagi keadaan. Lupakan kisah lama dan jangan sesekali menyamakan atau membandingkan kekasih cinta pandang pertama dengan kekasih baru anda
2. Hargai Kekasih Baru Anda Dan Nyatakan Perancangan Anda

Beritahu apa yang anda ingini dengan jelas dan tanpa gagap. Nyatakan perancangan anda bila menamatkan pelajaran dan beri tarikh yang jelas untuk anda merisik dan masuk meminang. Dengan ini anda sudah ada matlamat hidup yang jelas untuk menjadikan kekasih baru anda itu sebagai suri hidup anda sekaligus dapat melupakan kekecewaan cinta pandang pertama yang menemui kegagalan suatu masa dulu

3. Tiada Istilah Kawan

Jangan cuba bermain dengan api bila anda mula dapat menghubungi kekasih cinta pandang pertama anda dengan menjadikannya sebagai kawan di laman sosial atau kerap berhubungan kerana ini akan menyebabkan hubungan anda dan kekasih baru terjejas. Tetapkan pendirian dan teguhkan keimanan anda dengan melupakan terus kekasih lama anda itu.

4. Bersikap Jujur Dan Ubah Diri Untuk Jadi Lebih Baik

Belajar dari kesilapan lama dengan selalu bersikap jujur dengan diri sendiri dan juga kekasih baru anda. Mungkin dulu semasa anda dan kekasih cinta pandang pertama anda sedikit nakal dan membuatkan dirinya rimas dan cepat bosan dengan anda. Muhasabah diri untuk jadi orang yang lebih baik dan fokus pada kerjaya dan kekasih baru anda sekarang.

5. Jangan Jadi Orang Yang Terdesak

Jika kamu dikecewakan oleh kekasih cinta pandang pertama anda jangan jadi orang yang terdesak mengharapkan cinta dari orang lain dengan cara mendesak. Pastikan niat anda betul dan jangan menyimpan dendam kepada dia mungkin jodoh anda dengan dia tak kesampaian. Jangan kecewa jika anda tidak memperoleh maklum balas seperti yang diharapkan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/