5 Tips Sapuan Krim Sunblock

Tips Sapuan Krim Sunblock

Tips Sapuan Krim Sunblock

Tips Sapuan Krim Sunblock

Krim sunblock adalah benda yang paling wajib bila anda ingin pergi berkelah, berkhemah dan bermacam lagi aktiviti outdoor. Kepentingannya dan keberkesanannya membantu anda daripada terkena selaran cahaya matahari pada kulit atau lebih dikenali sebagai sunburn.

Sunburn boleh menyebabkan kulit mengelupas dan kulit menjadi perit merah kemerahan. Ianya mengambil masa 2 hingga 3 hari untuk sembuh dan kadang-kadang boleh mencapai sehingga seminggu bergantung pada tahap selaran cahaya matahari itu pada kulit dan berapa lama ia terdedah. Usah ambil ringan dengan penggunaan krim sunblock pada kulit kerana hakikatnya ia sangat penting buat kulit wajah serta tubuh badan setiap hari. Krim sunblock dengan SPF mampu mengurangkan risiko dari penyakit kulit seterusnya kanser kulit.

Sebelum terlambat, lebih baik bertindak awal dan amalkan penggunaan krim sunblock setiap kali anda ingin keluar dari rumah dan terdedah pada cahaya matahari.

Admin ingin kongsikan 5 tips cara pemakaian dan sapuan krim sunblock.

1. Sapu Di Tempat Berbumbung Dan Redup

Krim sunblock perlulah dipakai satu jam atau setengah jam di tempat yang berbumbung atau redup sebelum anda keluar di bawah sinaran terik mentari. Ini untuk memberikan sedikit masa buat kulit untuk menyerapnya.

2. Fungsi Yang Sama

Krim sunblock yang mengandungi SPF50 melindungi kulit sebanyak 98% dari sinar UV manakala SPF100 akan menghalang sebanyak 99%. Perbezaannya hanya sebanyak 1%. Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyapu rata krim sunblock ini pada seluruh bahagian kulit dan menambah semula dengan kerap.

3. Solekan Tebal Tidak Membantu 

Melainkan jika item solekan atau pelembap yang anda gunakan punya spektrum perlindungan krim sunblock yang mencukupi serta pemakaian semula krim sunblock dengan kerap. Ia cukup jika anda hanya berjalan keluar dari pejabat ke kereta atau pun ke kedai buat seketika. Tetapi jika anda sememangnya terdedah pada aktiviti luar berpanjangan, adalah seeloknya anda menggunakan krim sunblock yang mempunyai spektrum mencukupi untuk melindungi kulit anda.

4. Sapu Setiap 2 Jam.

Sumber aktif yang terkandung dalam krim sunblock boleh berkurang dari segi kadar efektifnya kala terdedah pada sinaran UV. Untuk kekal terlindung dengan SPF, anda harus sentiasa menyapu semula setiap dua jam, lebih kerap jika tubuh berpeluh atau berenang.

5. Pakai Topi Dan Cermin Mata Hitam

Krim sunblock tidaklah 100% boleh melindungi seluruh anggota badan anda dari terkena selaran cahaya matahari. Sememangnya ramai yang menurut segala cara-cara untuk menggunakannya. Tetapi adalah lebih baik dan berkesan jika anda menambah perlindungan pada kulit kepala dengan memakai topi dan cermin mata hitam, pakaian SPF, atau mungkin berteduh di tempat yang terhad dengan cahaya matahari.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/