5 Tips Wanita Kekal Sihat

Wanita Kekal Sihat
Wanita Kekal Sihat

Wanita Kekal Sihat

Untuk wanita kekal sihat, perlu menjaga kesihatan apabila umur semakin meningkat mencecah angka 30-an. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor, pengambilan kalsium, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang, rehat dan tidur yang cukup serta pengambilan suplemen seperti vitamin, nutrien dan mineral untuk jadi wanita sihat.

Wanita kekal sihat bagi yang menjangkau umur 30-an, anda sebenarnya disarankan untuk lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar kesihatan tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya. Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan kita akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.

Ketahui tentang realiti tentang 5 tips untuk wanita kekal sihat yang menjaga kesihatan dan perkara yang perlu anda fokuskan apabila menjangkau umur 30-an.

1. Jaga Kulit Anda 

Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Untuk wanita kekal sihat gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda setiap hari sebelum tidur.

2. Ambil Kalsium

Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya untuk wanita kekal sihat ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.

3. Lakukan Pemeriksaan Kesihatan

Inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Untuk wanita kekal sihat lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh di jaga dengan lebih awal.

4. Senaman

Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis. Untuk wanita kekal sihat, lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu.

5. Amalkan Pemakanan Sihat

Apabila metabolisme anda berkurang ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/