5 Tradisi Wajib Perkahwinan Melayu

tradisi wajib majlis perkahwinan Melayu
tradisi wajib majlis perkahwinan Melayu

tradisi wajib majlis perkahwinan Melayu

Tradisi wajib di dalam majlis perkahwinan pasangan pengantin Melayu adalah perkara wajib yang mesti ada di dalam majlis tersebut. Ianya seolah-olah tidak akan lengkap dan berserinya sesuatu majlis perkahwinan itu jika tradisi wajib itu tidak ada ataupun diabaikan oleh pihak tuan rumah.

Namun ianya selalu berkait rapat dengan adat resam contoh seperti menu makanan utama majlis kahwin tersebut. Kebiasaannya orang akan berfikir tentang nasi minyak sebagai menu utama dan ayam masak merah serta daging lembu atau kambing masak kurma ditambah lagi dengan kuah dalca dan sayur acar sebagai tarikan kepada tetamu yang diundang ke majlis perkahwinan tersebut.

Baiklah, artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 tradisi wajib perkahwinan melayu mengikut pandangan admin sendiri :

1. Tradisi Wajib Nasi minyak.

Bagi golongan tetamu yang suka menghadiri majlis perkahwinan, nasi minyak adalah salah satu benda yang sentiasa mereka alu-alukan dengan gembira. Terutama sekali kerana nasi minyak jarang ada dijual di kedai-kedai makan, tidak seperti nasi briyani nasi kandar, nasi dagang dan sebagainya. Jadi, nasi minyak ini ‘extra special’ daripada jenis nasi-nasi yang lain.

2. Tradisi Wajib Lagu Kahwin. 

Cara yang paling mudah untuk menghidupkan suasana majlis perkahwinan anda adalah dengan memasang lagu kahwin. Walaupun pengantin zaman sekarang lebih gemar memasang lagu romantis moden di majlis mereka, mesti ada terselit satu dua lagu kahwin zaman 80-an.

3. Tradisi Wajib Bunga Telur. 

Majlis kahwin selalunya ada menyediakan cenderahati untuk tetamu. Jika sekarang ini gah dengan mug, muffin, kek cawan dan sebagainya, secara tradisinya, pengantin selalu memberikan bunga telur. Macam dalam cerita pendek zaman sekolah menengah dahulu ‘Of Bunga Telur and Belly Shoes’. Paling seronok, cenderahati bunga telur ini tetamu tidak buang. Oh dan tahukah anda, telur yang diberi melambangkan kesuburan.

4. Tradisi Wajib Songket.

Sekarang makin banyak pasangan pengantin yang mengenakan busana songket di majlis resepsi mereka. Songket bukan sahaja membuat pasangan pengantin kelihatan lebih segak, malah tampak benar-benar seperti raja sehari. Kain songket yang diolah dengan sentuhan moden juga makin semakin mendapat tempat d hati pasangan muda, seiring dengan evolusi dunia fesyen. Namun, ini tidak bermakna potongan klasik tradisional diketepikan. Oleh sebab potongan jenis ini jarang dikenakan pengantin, sekali ada yang menggayakannya, terus tampak eksklusif dan menawan.

5. Tradisi Wajib Paluan Kompang. 

Paluan kompang memang sinonim dengan majlis perkahwinan. Jarang kehadiran pengantin tidak disambut dengan paluan kompang. Kalau WWE, ini macam ‘entrance song’ untuk pasangan pengantin. Terutamanya jika majlis diadakan di kawasan perumahan. Zaman sekarang, ada yang menggabungkan paluan kompang dengan elemen muzik lain untuk membuatnya kedengaran lebih menarik.

Kesimpulannya, tradisi wajib hanyalah adat resam yang sememangnya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan orang Melayu. Selagi ianya diamalkan bagi meraikan pengantin raja sehari selagi itu kemeriahannya terus menghiasi majlis perkahwinan dan memberi kelainan sesuatu majlis itu agar berjalan dengan lancar dan sempurna.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/