55 Amalan Sunnah

sunnah
amalan sunnah

amalan sunnah

Amalan sunnah Rasulullah SAW adalah amalan sunnah yang sering dilupakan oleh kita sebagai seorang yang beriman. Setiap sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan di dalam kehidupan kita sebenarnya mempunyai hikmah dan 1001 kebaikan di dalam kita menjalani kehidupan seharian.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 55 amalan sunnah Rasulullah SAW yang sering dilupakan dan kita sebagai umat baginda hendaklah mengamalkannya dalam kehidupan seharian untuk menjadi seorang Muslim yang sejati dan beriman.

1. Pandangan Mata
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kushyuk ketika melakukan amal ibadat.

2. Makan Garam
Amalan sunnah adalah dengan mencelup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. Minum Dengan Tangan Kanan
Amalan sunnah sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. Sesaat Di Jalan Allah
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Lailatul Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan ayuhlah kita solat”

5. Langkah Dengan Kaki Kanan
Amalan sunnah adalah dengan cara memasuki masjid dengan kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. Makan Dengan Tiga Jari
Nabi Muhammad SAW makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan tengah. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut amalan sunnah.

7. Jaminan Allah
3 orang mendapat jaminan Allah SWT iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. Merapi Bulu
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting atau merapi bulu, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. Jangan Bersiul
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. Cara Potong Kuku Tangan
Amalan sunnah memotong kuku tangan dengan memulakannya dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. Cara Potong Kuku Kaki
Amalan sunnah memotong kuku kaki dengan memulakannya dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. Panjang Lengan Baju
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. Pakaian Kesukaan
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. Bersiwak
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. Doa Dalam Sujud
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. Adab Di Dalam Tandas
Amalan sunnah dengan memasuki tandas dengan kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. Adab Makan
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. Tiga Jenis Orang
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. Pakai Minyak Wangi
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. Berwudhuk
Gosok gigi dan ambil wudhuk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. Cincin Perak
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. Solat Fardhu Di Surau Atau Masjid
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. Pakai Celak
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. Panjang Pakaian
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. Solat Fardhu Berjemaah
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. Menguap
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. Menyimpan Janggut
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. Jangan Menghadap Kiblat
Jangan menghadap atau membelakang Kiblat ketika buang air kecil atau air besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. Warna Pakaian Rasulullah
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. Posisi Tidur
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. Minum Lepas Makan
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. Tidur Sebelum Zohor
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. Berdiri Hormat
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. Pakaian Berwarna
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu atau Buddha khususnya bagi lelaki.

35. Makan Dengan Orang Miskin
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. Menu Rasulullah
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. Pemberian Yang Tidak Boleh Ditolak
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. Ketawa Rasulullah
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. Minuman Rasulullah
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. Masukkan Air Ke Dalam Hidung
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa memasukkan air ke dalam lubang hidung sebanyak 3 kali kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. Beri Anak Yatim Makan
Nabi Muhammad SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. Larangan Pakai Cincin
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. Bangun Tidur
Nabi Muhammad SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. Kongsi Makanan
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi Muhammad SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 Rakaat Sebelum Zohor
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. Istighfar
Nabi Muhammad SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. Jangan Mencaci Makanan
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. Adab Bertamu
Amalan sunnah adab bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. Jangan Jawab Salam Di Dalam Tandas
Amalan sunnah adalah tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. Makanan Panas
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. Giliran Minum
Amalan sunnah jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 Amal
Nabi Muhammad SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. Jangan Tidur Meniarap
Amalan sunnah jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. Cara Pegang Miswak
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. Dua Rakaat Sebelum Subuh
Amalan sunnah adalah dengan mendirikan solat dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/