6 Aksesori Hubungan Intim

Aksesori Hubungan Intim

Aksesori Hubungan Intim

Aksesori Hubungan Intim

Di dalam persediaan melakukan hubungan intim di atas ranjang, pastikan semua sudah tersedia rapi untuk menikmati malam penuh indah bersama pasangan di kamar tidur. Wangian lilin lavender, cadar katil dari jenis kapas bermutu tinggi malah rambut juga sudah sempurna didandan. Namun, anda hanya mengenakan baju tidur lusuh untuk malam istimewa itu. Akan punah impian pasangan anda, mungkin mati selera. Jangan ambil mudah dengan pakaian kala mengadakan hubungan intim kerana ia dapat membantu menaikkan berahi.

Ikuti 6 tips memilih aksesori atau baju dalam untuk malam istimewa bersama suami sebelum mengadakan hubungan intim.

1. Bantuan Dan Sokongan

Jika anda dianugerahkan payudara yang cantik dan menggiurkan, anda pasti memerlukan bra yang membuatkan ‘aset’ anda cantik terletak. Pilih bra yang mempunyai perincian dawai yang betul bagi memberi sokongan kepadanya. Menjadi kesalahan apabila anda mempunyai saiz payudara dengan mangkuk saiz D, namun memilih bra yang terlalu ketat atau terlalu longgar. Selain mencacatkan penampilan untuk mengadakan hubungan intim bersama pasangan, ianya juga menyebabkan ketidakselesaan dan masalah kesihatan dari segi postur dan fizikal badan.

Seksi

2. Cari Yang Sepadan

Setiap wanita dilahirkan dengan bentuk badan yang berlainan. Ada yang berisi, dan ada pula yang kurus langsing. Jangan paksa diri untuk muat dalam baju dalam yang anda pilih kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan kekok. Pasti tidak menarik apabila melihat anda sibuk membetulkan tali bra, menguis thong mahupun tidak bernafas dengan betul dalam baju dalam yang terlalu ketat semata-mata mahu dilihat seksi di atas ranjang pada mata pasangan sebelum melakukan hubungan intim.

2014-wanita-terbaru-seksi-belaka-jala-ramping-ketat-pakaian-tidur-pakaian-tidur-gaun-Lingerie-korset-Babydoll

3. Lebih Kecil, Bukan Lebih Besar 

Ada wanita yang tidak begitu yakin dengan bentuk badan sendiri lalu memilih baju dalam yang mempunyai saiz terlalu besar berbanding tubuh badan sebenar. Baju dalam yang menggeleber is a big turn-off! Jika anda mahukan sesuatu yang tidak terlalu ketat, dapatkan baju dalam berpotongan gaun pendek atau top jarang bertali halus yang memberi impak flowy serta gaya manis.

HTB1G1j3FVXXXXcfXVXXq6xXFXXXj

4. Cari Kelainan 

Jika sebelum ini anda lebih selesa memilih gaya baju dalam yang konservatif, apa kata cuba sesuatu yang lain dengan pemilihan yang lebih nakal dan seksi. Mungkin pasangan anda lebih gemar dengan rona pastel dan gaya gadis perawan yang lemah lembut, namun tidak salah untuk mencuba rona merah dan hitam dengan perincian renda.

Wanita-seksi-renda-belaka-Outfits-rok-brace-Backless-Halter-baju-tidur-pakaian-tidur

5. Cantik Dan Berani 

Wanita lebih yakin dalam persalinan yang membuatkan mereka tampak seksi dan cantik. Jangan sesekali memilih baju dalam yang tidak anda sukai kerana ia boleh merencatkan pergerakan anda ketika melakukan hubungan intim di sepanjang malam bersama pasangan. Anda akan lebih kerap berfikir mengenai persepsi pasangan mengenai bentuk badan menggayakan baju dalam baru itu berbanding fokus melayan aktiviti seks kalian.

Summer-style-women-nightgowns-font-b-sexy-b-font-lase-design-sleepwear-casual-Loose-psjiama-soft

6. Tekstur Dan Kualiti Bahan

Koleksi baju dalam tidak hanya hadir dalam bentuk satin atau les sahaja. Ada juga yang diperbuat daripada fabrik kapas yang memberi keselesaan. Jadi bijak dalam memilih baju dalam kapas yang boleh menyerlahkan sisi seksi anda ketika mahu menggoda pasangan di atas ranjang sebelum melakukan hubungan intim.

Musim-panas-Womens-baju-tidur-dengan-g-string-Thongs-tali-Spaghetti-Backless-baju-tidur-Baju-tidur

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/