6 Alasan Lelaki Curang

Alasan Lelaki Curang
Alasan Lelaki Curang

Alasan Lelaki Curang

Si dia yang kamu sayangi adalah lelaki curang? Sejauh mana kebenarannya. Cubalah anda ingat-ingatkan kembali, sepanjang anda menjalinkan hubungan dengan si dia, sudah berapa kalikah anda dibohonginya semata-mata dia mahu mendapatkan kelonggaran waktu untuk bersama wanita lain?

Sekali, dua kali, atau lebih? Sehebat dan sekerap manakah pembohongan tersebut sehingga anda masih sedia memberikan kemaafan kepada lelaki curang sepertinya itu? Anda harus sedar, bahawa ketika seseorang lelaki itu berlaku curang, ini bermakna dia merasakan hidupnya sudah tidak bahagia lagi. Sungguh pun begitu, ada juga lelaki curang yang melakukan perkara ini meskipun hubungan cintanya berjalan lancar.  Jadi, apakah sebenarnya alasan ‘lelaki curang’?

Antara 6 alasan lelaki curang ialah :

1. “Si dia tidak lagi mampu membahagiakan saya.”

‘Long term relationship’, ataupun ikatan perkahwinan cenderung mengundang kebosanan. Bagi lelaki, keadaan ini menyebabkan dia tidak peduli lagi pada pasangan, seperti di tahun pertama menjalinkan hubungan cinta. Situasi ini juga menyebabkan lelaki curang ini melakukan terapi dengan mendekati perempuan lain untuk membangkitkan rasa cintanya.

2. “Wanita cukup mudah untuk memaafkan.”

Mungkin ada benarnya, kebanyakan wanita cepat memaafkan ketidaksetiaan pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika cinta menjadi alasannya. Fakta inilah yang kerap dimanfaatkan oleh orang lelaki. Berbohong, meminta maaf  lalu semuanya akan kembali menjadi normal dan mengulangi perwatakan lelaki curang seperti biasa.

3.“Saya tergoda.”

Kebanyakan lelaki tidak dapat bertahan pada godaan ‘seks’ jika ada perempuan yang mengajaknya ‘dating’.  Jadi, dia akan mempunyai kesempatan untuk melakukannya, maka kecurangan itu pun tidak boleh dihindari.

4.  “Saya sudah tidak mencintainya lagi.”

Setelah sekian lama bersama, biasanya lelaki akan kehilangan rasa cinta terhadap pasangannya. Sebahagian lelaki mengalaminya hanya untuk sementara waktu, dan mengalihkan perhatian dan hati mereka pada perempuan lain. Daripada kebanyakan kes yang terjadi, akibat kecurangan sesaat ini, para lelaki akhirnya benar-benar kehilangan pasangan mereka!

5. Saya ingin membalas perbuatan curangnya.”

Lelaki cenderung mengubati kekecewaannya dengan melakukan hal yang sama. Jika anda pernah berlaku curang, jadi tidak harian jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perbuatan ini dilakukan demi untuk menyamakan kedudukan.

6.  “Si dia terlalu cerewet dan suka membebel.”

Wanita cenderung cerewet, kuat membebel terutama menghadapi ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang tidak disukai. Kebiasaan ini boleh mengundang sakit kepala para lelaki. Keadaan ini juga mendorong lelaki mencari teman rapat yang boleh memahami dirinya.

Kesimpulannya

Kenali potensi tersebut dalam perhubungan anda. Jika ada, atasi dengan bijak. Sungguh pun begitu, tidak ada jaminan pasangan anda akan bebas daripada jerat kecurangan. Saling menghargai dan berpegang pada komitmen adalah cara yang paling berkesan untuk mempertahankan sebuah perhubungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/