6 Bahaya Tidur Meniarap

bahaya tidur meniarap
bahaya tidur meniarap

bahaya tidur meniarap

Bagaimanakah cara anda tidur malam di rumah? Adakah dengan tidur meniarap, terlentang atau mengiring ke kanan mengikut sunnah Rasulullah SAW? Artikel kali ini admin ingin berkongsi kesan atau bahaya tidur meniarap kepada kesihatan manusia.

Menurut Ya’ish bun Takhfah al-Ghifari meriwayatkan bahawa ayahnya pernah berkata : ” Ketika aku sedang tidur meniarap di dalam masjid kemudian seorang lelaki datang menggerakkan aku dan berkata: ” Sesungguhnya tidur meniarap seperti ini tidak disukai oleh Allah. ” Lalu aku memandang kepadanya dan mendapati bahawa lelaki tersebut ialah Nabi Muhammad SAW. ” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Hadis di atas amat jelas menyatakan sebagai orang Muslim adalah amat tidak digalakkan tidur meniarap kerana ianya tidak disukai oleh Allah SWT. Sebagai seorang Muslim sejati selain beribadat, melakukan suruhan dan meninggalkan laranganNya, kita juga haruslah mencari redha Allah.

Berikut dibawah adalah 6 bahaya tidur meniarap yang harus anda ketahui mengapa ianya tidak baik untuk kesihatan manusia :

1. Dari Sudut Kesihatan

Menurut Doktor Jan Lefkowitz pakar kesihatan dari Body In Balance Chiropractic, seseorang yang menghabiskan masa dengan tidur meniarap boleh mengakibatkan tulang belakang beralih. Seterusnya menyebabkan sakit teruk pada bahagian muka dan leher.

2. Dari Sudut Kajian Dan Penyelidikan

Hasil kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh Mayo Klinik, seseorang yang tidur meniarap dengan perutnya dibahagian bawah akan menyebabkan gangguan pernafasan yang sempurna (normal), malah ia juga boleh menyebabkan beberapa kesakitan pada urat leher, tulang belakang dan otot-otot sendi.

3. Sukar Bernafas

Orang yang suka tidur meniarap biasanya akan mengalami masalah sukar bernafas kerana selalunya muka akan disembamkan pada bantal atau pada permukaan tilam. Dan jika memalingkan muka ketika sedang tidur meniarap akan menyebabkan sakit urat atau pun disebut sakit ‘salah bantal’.

4. Menanggung Beban Berat Badan

Ketika seseorang sedang tidur meniarap, ianya seolah-olah sedang menanggung bebanan berat badan yang menekan ke dada sehingga menghalang untuk merenggangkan muka dan hidungnya untuk bernafas.

5. Menjejaskan Jantung Dan Kesihatan Otak

Tidur meniarap boleh menjejaskan kesihatan jantung dan kecerdasan otak, ini kerana oksigen kurang sampai kepada 2 organ pada tubuh badan tersebut.

6. Dari Sudut Hadis

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW melihat seseorang yang sedang tidur meniarap kemudian Baginda bersabda : ” Sesungguhnya tidur meniarap seperti ini tidak disukai oleh Allah. “ (Hadis Riwayat Imam Tirmidhi dan dinilai oleh Sheikh al-Albani sebagai Hasan Shahih)

Sesungguhnya Islam itu agama yang indah. Setiap perkara yang dilarang, ditegah dan tidak digalakkan pasti ada kebaikan dan hikmahnya. Jangan memudaratkan diri dengan kerap tidur meniarap di rumah.

Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/