6 Ciri Kucing Bengal

Ciri-Ciri Kucing Bengal
Ciri-Ciri Kucing Bengal

Ciri-Ciri Kucing Bengal

Kucing Bengal adalah baka daripada hibrid kucing domestik. Kucing bengal terhasil daripada penyilangan gen seekor kucing domestik dengan kucing harimau Asia, Prionailurus Bengalensis. Nama kucing bengal berasal daripada nama taksonomi kucing harimau Asia, P. b. Bengalensis. Kucing bengal mempunyai penampilan liar tetapi manja. Kucing ini sangat diminati kerana ianya sangat comel, bijak dan bulunya yang sangat cantik dengan corak eksotik membuatkan ia disayangi oleh tuan dan juga sudah pasti harganya juga mahal di pasaran tempatan.

Kucing bengal dikenali dan diminati ramai kerana keunikan warna dan corak yang menghiasi tubuhnya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadannya begitu jelas dan menyerupai corak harimau bintang. Hobi memelihara kucing bukan lagi menjadi hobi biasa tetapi ia telah menjadi trend dalam salah satu hobi yang mahal disebabkan oleh baka kucing yang telah dikacukkan dan dikahwinkan untuk memenuhi permintaan yang sangat luar biasa.

Personaliti Kucing Bengal

Kucing bengal adalah spesis kucing yang aktif dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ia juga haiwan yang sukakan ketinggian. Sekiranya anda mengharapkan seekor kucing yang suka duduk dibawah melepak, Kucing bengal bukanlah jenis yang sesuai. Selain itu, kucing bengal juga merupakan spesis yang sangat manja dengan manusia.

Ia suka dibelai dan diriba oleh manusia. Aktiviti yang paling digemarinya adalah bermain. Bermain yang dimaksudkan disini ialah kejar mengejar, memanjat dan menyiasat kawasan persekitarannya. Kucing ini cukup pandai membahagikan masa tidur mereka dengan bermain. Kebanyakan kucing bengal juga tidak mempunyai masalah dengan air dan kebanyakkan daripadanya sukakan air.

6 Ciri-Ciri Kucing Bengal adalah :

1. Fizikal

Rupa fizikalnya seperti harimau bintang.

2. Saiz

Saiz kucing jantan baka jenis ini lebih besar daripada kucing betina.

3. Berotot Dan Tegap

Baka kucing jenis ini lazimnya mempunyai tubuh berotot dan kelihatan tegap.

4. Corak Spotted Dan Marble

Memiliki dua kategori corak iaitu Spotted dan Marble. Kucing bengal bercorak Spotted mirip seperti harimau bintang. Manakala kucing bengal dengan corak Marble pula, corak pada badannya kelihatan berputar secara rawak atau bergarisan tebal secara mendatar atau menyerong.

5. Coklat Hitam

Warna pada corak yang paling banyak dilihat ialah warna coklat dan hitam berjalur.

6. Berat Cecah 5 Kilo

Beratnya apabila dewasa boleh mencecah antara 3 hingga 5 kilogram.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/