6 Ciri Orang Pemalu

sifat pemalu
sifat pemalu

sifat pemalu

Manusia sememangnya sudah dilahirkan mempunyai sifat pemalu sejak dari azali lagi. Orang yang pemalu dianggap normal kerana ianya perlu ada di dalam diri manusia itu sendiri namun ianya dianggap sebagai yang tidak normal kiranya tahap malu seseorang itu melampaui batas dan tidak kena pada tempat yang sepatutnya. Tanya pada diri anda adakah anda seorang yang pemalu?

Artikel kali ini admin ingin kongsikan ciri-ciri orang pemalu yang harus anda kenali. Setiap orang memiliki sifat dan karakter yang berlainan. Begitu juga dengan cara mereka mengutarakan atau mengekspresikan perasaan suka mereka kepada seseorang. Berikut adalah 6 ciri orang pemalu yang tertarik pada anda.

1. Tidak Sengaja Menyentuh Anda

Orang pemalu ada kod sendiri tentang sentuhan. Mereka akan berpura-pura tidak sengaja menyentuh anda seperti di tangan. Tapi perlu juga untuk anda perhatikan adakah sentuhan itu juga dilakukan pada orang lain.

2. Tidak Suka Bercerita Tentang Diri Sendiri

Orang pemalu lebih senang mendengarkan cerita tentang diri anda berbanding menceritakan tentang diri mereka sendiri. Dia menjadi tidak senang bila anda beralih fokus padanya.

3. Gugup Ketika Berbicara

Ketika anda menegurnya untuk menanyakan khabar, orang pemalu akan menjawabnya dengan tergagap kerana gugup. Wajah mereka akan kemerahan dan boleh jadi itu tanda bahwa dia menyukai anda.

4. Kekok Ketika Bertemu

Ketika berada dengan anda, dia akan berasa kekok. Jangan terkejut jika mereka mengeluarkan pertanyaan yang bodoh atau pelik.

5. Melakukan Pergerakan Secara Diam-diam

Mereka yang punyai sifat pemalu akan tunduk ketika anda sedang melihatnya atau secara diam-diam memerhati anda dari jauh. Dia berbertindak secara diam untuk tidak menunjukan dia sedang tertarik pada anda.

6. Lebih Suka Berinteraksi Menggunakan Internet

Anda mungkin akan perasan bahawa orang pemalu mudah untuk mengekspresikan diri melalui media sosial atau sapaan ringkas ketika berselisih.

Kesimpulannya, sifat pemalu itu perlu ada pada setiap orang kerana sifat inilah yang membezakan kita dan binatang. Namun seperti yang admin katakan pada sesi pengenalan di atas tadi biarlah sifat pemalu itu tidak keterlaluan yang tidak melampaui batas dan kena pada tempatnya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/