6 Faedah Berkahwin

Faedah Berkahwin

 

Faedah Berkahwin

Faedah Berkahwin

Faedah Berkahwin di dalam Agama Islam menggalakkan umatnya bernikah mengikut selayaknya. Dorongan tersebut dinyatakan di dalam Al-Qur’an serta hadith. Hanya dengan bernikah faedah berkahwin seseorang Islam itu mendapat kesempurnaan dalam hidup, mencapai puncak segala kekayaan dan menjadi asas ketenteraman jiwa manusia.

6 Faedah berkahwin yang paling asas yang perlu diketahui ialah:

1. Menuju Kebaikan.

Digalakkan agar memilih isteri yang baik budi bahasanya, sopan santun dan baik keturunan agamanya. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ Ayat 3 yang bermaksud : “Berkahwinlah kamu dengan memilih perempuan yang layak dan sesuai untukmu daripada perempuan-perempuan yang baik di antara kamu orang-orang yang beriman dan jika kamu mampu serta boleh kamu berlaku adil, berkahwinlah dua, tiga hingga empal sekalipun maka jika kamu takut tidak dapal berlaku adil, seorang isteri itu memadailah”.

2. Hidup Bersuami Isteri Membantu Penghidupan, Beroleh Berkat Dan Kekayaan, Bukan Kesusahan Dan Kepapaan.

Firman Allah dalam Surah An- Nur Ayat 32 maksudnya: “Berkahwinlah dengan perawan daripada kamu dan teruna daripada golongan kamu ataupun dengan jariah-jariah kamu yang solehah, sekiranya kamu berada di dalam keadaan fakir mudah- mudahan kamu akan beroleh kaya dan berkat dari kurnia Allah”.

3. Faedah Berkahwin Itu Satu Sunnah Perjalanan Hidup

Berkahwin itu satu sunnah perjalanan hidup dan ia adalah satu bentuk kesopanan sejak dahulukala. Allah telah memberikan contoh perbuatan rasul-rasul di dalam Surah Ar-Ra’du Ayat 38 maksudnya : “Sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa orang rasul-rasul terdahulu daripada kamu serta kami perkenankan mereka itu beranak isteri”.

4. Faedah Berkahwin Dikurniakan Isteri Yang Solehah

Isteri yang solehah sentiasa membawa keberkatan dalam hidup berumahtangga sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Berkahwinlah kamu kerana orang-orang perempuan itu boleh menolong menjayakan hal ehwal kehidupan kamu mencari rezeki”.

5. Faedah Berkahwin Pahalanya Berlipat Kali Ganda Amal Ibadatnya

Segala pahala ibadat digandakan dengan berkahwin kerana mempunyai kesanggupan menunaikan suruhan berkahwin dan menunaikan tanggungjawab terhadap anak isteri sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud : “Sembahyang dua raka’at orang yang telah beristeri itu keadaannya lebih utama daripada sembahyang tujuh puluh raka’at orang yang membujang tiada berkahwin”.

6. Faedah Berkahwin Menyalurkan Nafsu Syahwat Pada Jalan Yang Halal

Menyalurkan nafsu syahwat pada jalan yang halal sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : “Apabila berkahwin seorang muda itu nescaya menjeritlah syaitan sambil ia berkata alangkah ruginya aku, sesungguhnya terpeliharalah orang muda ini daripada godaanku”.

Kesimpulan

Faedah berkahwin bukannya membebankan seseorang itu dengan tanggungjawab yang besar tetapi ianya mendidik seseorang itu menjadi lebih matang dan memimpin keluarga menuju keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah. Bagi lelaki yang bujang jika berkahwin Allah SWT akan membuka pintu rezekinya seluas-luasnya dan terhindar dari segala perbuatan maksiat yang di dorong oleh hawa nafsu.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/