6 Fenomena Alam Semulajadi

Memetik-Hikmah-di-Balik-Gerhana-720x399

Memetik-Hikmah-di-Balik-Gerhana-720x399

Fenomena alam merupakan salah satu kejadian ciptaan Allah SWT secara semulajadi yang jarang-jarang berlaku dan sukar dirungkai dengan kemajuan sains teknologi masa kini. Fenomena alam ini biasanya terjadi dengan pemandangan yang sangat cantik sehingga boleh memukau sesiapa sahaja yang melihatnya sehingga membuatkan orang ramai merakam detik-detik yang sangat bermakna itu.

Fenomena alam merupakan salah satu kejadian yang amat jarang sekali berlaku. Adakalanya juga ia hanya berlaku sekali seumur hidup kita. Fenomena alam ini juga merupakan salah satu tanda kekuasaan Allah SWT yang tiada tandingannya memberi satu tanda atau peringatan agar kita tidak lalai melakukan suruhan-Nya.

Dibawah ini terdapat 6 fenomena alam untuk dihayati. Sudah tentunya gerhana matahari, gerhana bulan, tiang cahaya dan migrasi kupu-kupu monarch yang memberi visual nan indah untuk disaksikan.

1. Gerhana Matahari 

gerhana

Gerhana Matahari yang baru berlaku pagi tadi adalah suatu fenomena alam yang menunjukkan kebesaran Allah SWT, untuk memberikan sebuah pelajaran penting kepada manusia agar kembali kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. Dalam ilmu Astronomi fenomena alam gerhana matahari ini berlaku pada dua keadaan, iaitu gerhana matahari dan gerhana bulan. Gerhana matahari terjadi ketika posisi bulan terletak di antara bumi dan matahari sehingga menutup sebahagian atau seluruh cahaya matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan yang mempunyai jarak kira-kira 384,400 kilometer dari bumi lebih dekat jika hendak dibandingkan jarak dengan matahari yang mempunyai jarak kira-kira 149,680,000 kilometer.

2. Ribut Pasir

ribut-pasir-di-jeddah

Fenomena alam ribut pasir terjadi ketika angin kencang mengangkat partikel tanah dan pasir ke atmosfera sehingga membentuk ribut. Setiap empat puluh juta tahun tan debu dibawa dari Sahara ke hutan Amazon.

3. Pusaran Api

pusaran api

Fenomena alam pusaran api adalah salah satu fenomena yang amat mengerikan, namun ia menghasilkan satu pemandangan indah yang biasanya amat ditunggu-tunggu oleh jurugambar profesional untuk merakamkannya. Pusaran api yang terjadi ketika berlakunya puting beliung. Pusaran api terjadi ketika haba panas dari api mendorong udara di atasnya membentuk membentuk pusaran dengan udara dingin di luar. Jika pusaran ini memperoleh pusaran vertikal maka api akan disedut ke atas lalu membentuk pusaran api.

Pusaran api yang terjadi di Tokyo tahun 1923 membakar semua bangunan di sana yang kebanyakan terbuat dari kayu, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa seramai 38,000 orang hangus terbakar.

4. Migrasi Kupu-Kupu Monarch

160958_kupu2

Migrasi massal kupu-kupu Monarch (Danaus plexippus) terjadi ketika musim dingin meliputi sebahagian besar Amerika Utara menuju daerah selatan. Warna oren dan hitam kupu-kupu kelihatan indah ketika ia terbang memenuhi langit biru.

5. Tiang Cahaya

Fenomena tiang cahaya 2

Tiang cahaya terjadi saat cuaca sangat dingin ketika kristal es tergantung di atmosfer, maka fenomena alam ini terlihat di langit malam. Semakin tinggi kristal es, semakin tinggi pula tiang cahaya itu terlihat.

6. Maelstrom

maelstrom

Fenomena alam Maelstrom adalah pusaran air yang sangat kuat di tengah laut. Pusaran air yang terjadi di Skotlandia dan dapat didengar hingga berbatu-batu jauhnya.

Walau apa pun fenomena alam yang berlaku kita sebagai orang Islam yang beriman dan selalu berpegang dengan sunnah Rasulullah SAW hendaklah memperbanyakkan istighfar, sedekah dan menunaikan solat agar kita sentiasa terpelihara daripada bala bencana dan azab seksa dari Allah SWT.

Semoga bermanfaat.

 

 

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/