6 Fesyen Pelik Lelaki

Fesyen Pelik Lelaki
Fesyen Pelik Lelaki

Fesyen Pelik Lelaki

Sesetengah fesyen pelik kaum lelaki yang selalunya digayakan ketika keluar dating bersama pasangan dilihat menarik di mata kaum lelaki tetapi tidak bagi wanita. Walaupun lelaki ni suka gayakan pakaian yang simple, tapi masih ada lagi lelaki yang kurang bijak apabila bergaya. Ada beberapa trend atau fesyen pelik ini yang sebenarnya tak sesuai langsung untuk digayakan, tapi dengan selamba je lelaki pakai.

Mana-mana yang nak pergi first date tu, elakkan la daripada memakai 6 fesyen pelik di bawah yang akan admin kongsikan ini. Baik-baik cinta baru nak berputik tiba-tiba kena reject je nanti akibat daripada pemakaian fesyen pelik.

1. Pakaian Yang Terlalu Ketat

Hah..ni mesti ramai yang terasa dengan fesyen pelik ni. Memang ramai lelaki sekarang suka sangat pakai baju ketat-ketat, kononnya nak tunjuk badan yang sasa dan sado tu. Kena pandai bezakan situasi nak pergi workout di gym atau nak keluar dating dengan awek. Masalahnya, jika badan terlampau sado pastu nak showoff dengan kenakan baju ketat perempuan tak suka!

2. Cermin Mata Hitam ala-ala The Matrix

Bukan nak mengutuk, tapi biarlah kena dengan peredaran zaman. Takkan la tahun 2016 pun masih nak ikut fesyen pelik dengan pakai cermin mata hitam macam tu lagi.

3. Kepala Tali Pinggang Yang Terlalu Besar

‘‘Kau ingat kau baru menang WWE?’’ Kalau tak tuck in baju tak apa la juga. Ni siap tuck in baju lepas tu kepala tali pinggang tu lagi besar dari penumbuk betul-betul macam nak pergi bergusti… Hehehe

4. Seluar Pendek Yang Terlalu Pendek

Selalunya wanita je pakai hot pants. Tapi sekarang ni ramai lelaki yang pakai juga. Bila orang cop ‘gay’, kau marah. Yela, takkan la lelaki nak pakai seluar yang terlalu pendek sampai nampak peha bukan ke fesyen pelik nampaknya tu.

5. Baju Kolar V Yang Terlalu Terdedah

Ni lagi satu nak kena cop ‘gay’ dengan gayakan fesyen pelik lagi satu ni. Kalau perempuan yang pakai tu tak apa la juga. Ni lelaki pakai sampai terkeluar bulu dada tu kau dah kenapa?

6. Baju Corak Ganas Dan Seram

Selalunya orang yang pakai baju fesyen pelik corak macam ni, jenis yang sukakan perhatian. Masalahnya, perempuan memang tak suka dengan lelaki yang suka pakai baju corak pelik-pelik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/