6 Fitnah Dajjal Akhir Zaman

fitnah dajjal akhir zaman
fitnah dajjal akhir zaman

fitnah dajjal akhir zaman

Kebelakangan ini, pada akhir zaman kita sering melihat atau senang menerima sesuatu berita itu tanpa memeriksa kesahihannya terlebih dahulu. Menjadikan sesuatu isu hangat diperkatakan atau pun ‘viral’ kini menjadi ‘trending’ dikalangan masyarakat kita yang dikira bersubahat di dalam menyebarkannya di laman sosial seperti Facebook, Instagram, Tweeter, WhatsApp dan lain-lain lagi. Ianya seakan-akan sama seperti seseorang itu menabur fitnah dan ianya semudah dengan menekan ‘button’ ‘SHARE’ pada aplikasi laman sosial seperti Facebook di akhir zaman ini.

Pada kali ini admin ingin kongsikan 6 fitnah dajjal akhir zaman yang akan dihadapi oleh manusia-manusia dan sebagai umat Islam haruslah kita mengamalkan bacaan surah Al-Kahfi untuk mengelakkan diri daripada fitnah akhir zaman ini.

surahkahfi

 

Antara 6 fitnah dajjal di akhir zaman ini adalah ;

1. Menurunkan Hujan

Pada akhir zaman, dajjal diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk memerintahkan langit menurunkan hujan dan langit akan patuh dengan arahan dajjal dengan menurunkan air hujan untuk para pengikutnya yang mengakui dajjal itu sebagai Tuhan mereka.

2. Menghidupkan Orang Mati

Allah SWT memberikan kuasa untuk dajjal menghidupkan orang yang telah mati bagi menguji tahap ketebalan iman seseorang itu pada akhir zaman. Orang yang tidak kuat imannya akan mudah mempercayai fitnah dan tipu daya dajjal ini sedangkan orang mati yang dihidupkan oleh dajjal itu adalah syaitan yang menyamar menyerupai orang yang telah mati itu.

3. Nikmat Dan Kemewahan Dunia

Pada akhir zaman, dajjal menjanjikan nikmat dan kemewahan dunia kepada pengikutnya kerana pada ketika itu segala air, sungai, hujan, gunung roti dibawah kekuasaan dajjal. Orang-orang yang beriman ketika itu akan menghadapi cabaran paling getir kerana mereka ini tidak sesekali tunduk pada perintah dajjal.

4. Syurga Dan Neraka

Pada ketika ini dajjal akan mengaku sebagai Tuhan kepada pengikut-pengikutnya dan dajjal akan menjanjikan ‘Syurga’ kepada pengikutnya dan ‘Neraka’ kepada orang beriman yang tidak tunduk atau ingkar pada arahannya kerana mereka sedar dajjal hanyalah pembawa fitnah yang amat besar pada akhir zaman ini.

5. Kekayaan Harta Benda

Orang-orang yang menjadi pengikut dajjal pada akhir zaman diberikan kekayaan harta benda yang melimpah ruah bagaikan kelompok lebah yang sedang mengumpulkan madu pada sarangnya perumpamaan sama seperti manusia yang berebut-rebut mengumpul harta dunia sedangkan dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara dan akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya.

6. Membunuh Dan Membangkitkan

Pada akhir zaman, dajjal akan diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk membangkitkan orang yang telah mati.

Kesimpulannya, fitnah dajjal pada akhir zaman semakin menghampiri kita sekarang ini. Dengan dunia teknologi yang semakin canggih dan mencabar ini hendaklah kita sentiasa berhati-hati. Banyakkan solat, berdoa, mengaji Al Quran dan menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di dalam kehidupan kita seharian. Semoga kita semua akan senantiasa berada dibawah perlindungan daripada Allah SWT.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/