6 Gaya Pelukan Dan Maksudnya

Gaya Pelukan Dan Maksudnya
Gaya Pelukan Dan Maksudnya

Gaya Pelukan Dan Maksudnya

Dengan pelukan juga dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain selain menimbulkan rasa bahagia dan membuatkan anda lebih sihat. Yalah, bila hati dah bahagia, kesihatan pun akan terjagakan? Memeluk seseorang merupakan salah satu cara bahkan yang paling berkesan untuk menunjukkan kasih sayang kepada seseorang yang disayangi. Ia merupakan fitrah manusia yang dipeluk oleh Ibu bapa semenjak lahir lagi.

Tetapi yang perlu anda tahu, setiap cara pelukan itu mempunyai maksud yang tersendiri dari si pemeluk.

Jom! mari bersama admin kita lihat apa maksud yang tersirat disebalik 6 gaya pelukan di bawah ini :

1. Pelukan Meletakkan Tangan Di Sekitar Bahu

Gaya pelukan seperti ini selalu ada dalam drama Korea. Pelukan jenis ini adalah bersifat menenangkan tanpa ada sebarang perasan romantis. Ini mungkin rakan anda nak meluahkan masalah mereka melalui pelukan dan menunjukkan bahawa andalah kawan baiknya.

2. Menepuk Di Belakang Badan Ketika Berpelukan

Jika badan anda ditepuk ketika berpelukan, itu menandakan bahawa orang yang sedang memeluk anda itu sedang menunjukkan keakraban dalam persahabatan di antara anda dan dia. Ini juga menunjukkan bahawa dia tidak menawarkan sebarang cinta kepada anda, hanya kawan semata-mata. Bak kata mat saleh, “friend zone”.

3. Mengekalkan Hubungan Mata Ketika Berpelukan

Jika pasangan anda melihata mata anda ketika berpelukan, percayalah hubungan antara anda berdua terlalu kuat dan erat. Renungan tersebut bukan renungan biasa-biasa, tapi mendalam terus ke jiwa. Cinta yang ditawarkan adalah cinta yang mendalam dengan pertalian yang sangat erat.

4. Berpelukan Tapi Badan Dijarakkan

Jika anda dapati pasangan anda memeluk anda seperti dalam pelukan ini, ketahui sudah ada tembok di antara anda berdua. Berkemungkinan pasangan anda sedang marah kepada anda atau mungkin pasangan anda telah menemukan jiwa lain untuk dipeluk erat. Kalau ya, anda dah boleh move on!

5. Menggosok Belakang Badan Ketika Berpelukan

Ini adalah pelukan untuk menunjukkan keyakinan kepada seseorang bahawa dia boleh bergantung kepada anda dan anda akan sentiasa ada dengan mereka tidak kira apa pun berlakuk. Biasanya berlaku antara dua sahabat. Tapi kalau yang menggosok itu adalah berlainan jantina, sila berhati-hati! Mungkin ada udang di sebalik mee.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/