6 Hak Anak Dalam Islam

hak anak

hak anak

hak anak

Anak adalah anugerah daripada Allah SWT yang tidak ternilai diamanahkan kepada kita agar kita menjaga, memberi kasih sayang dan pendidikan agama dan duniawi yang seimbang agar anak ini menjadi seorang yang berguna dan berjasa pada agama, bangsa dan negara. Namun sebagai seorang anak yang dilahirkan sebagai seorang Muslim ibu bapa haruslah memenuhi hak anak ketika masih bayi lagi.

Hak anak yang dimaksudkan adalah hak yang sememangnya dianjurkan oleh Islam agar anak ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh atau solehah.
Artikel kali ini admin ingin kongsikan 6 hak anak dalam Islam yang harus dipenuhi atau ditunaikan ibu bapa semasa anak masih kecil lagi.
1. Azan Dan Iqamat 
Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi atau anak sebaik sahaja ia lahir ke dunia. Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah, mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudaratkan.”
2. Melakukan Tahnik, Mencukur Rambut Dan Akikah. 
Tahnik bayi atau anak bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.
3. Mencukur Rambut 
Mencukur rambut bayi atau anak ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah SWT. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.
4. Memberi Nama Yang Baik. 
Ibu bapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh”. Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya. Pada hari kiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.
5. Hak Menyusu. 
Ibu bapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama. Firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut”. (Al-Baqarah 233) 
6. Mengkhatannya.
Berkhatan adalah satu amalan fitrah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Amalan fitrah ada lima perkara iaitu mencukur bulu ari-ari, berkhatan, mengunting misai, mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.”
 
Menurut para ulama hukum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan. Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:
  • Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Ataa’, Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza’iy.
  • Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
  • Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah. (Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)
Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi anak perempuan. Mereka berdalilkan bahawa ia adalah “millah Abina Ibrahim”(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan. Bagi anak perempuan, khatan ini dikenali sebagai “khifaadah” dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj. Mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita. Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/