6 Ingatan Suami Workaholic

Suami Workaholic
Suami Workaholic

Suami Workaholic

Suami workaholic atau suami yang kuat kerja dengan mencari nafkah bagi menambah penambahbaikan ekonomi keluarga dan untuk membesarkan anak-anak, sering kali akan meletakkan fokusnya terhadap kerjanya. Isteri yang tidak bekerja mungkin mempunyai banyak masa terluang yang boleh membuatnya rasa sunyi, keseorangan dan sepi kerana mendapat suami workaholic yang jarang berada di rumah atau sering kali balik lewat malam.

Bagi seorang isteri, untuk merasai ‘jiwanya merana’ kerana suami workaholic bukanlah satu perkara yang berlaku semalam. Ini telah berlaku agak lama, dan berkemungkinan perasaan itu telah dipendamkan yang mana perhatian kepada isteri itu sudah tidak diberi lagi atau kurang pada satu jangka yang agak panjang.

Sebelum lebih parah, anda boleh baiki hubungan dengan 6 ingatan buat suami workaholic seperti dibawah ini..

1. Pilih Waktu Yang Baik Dan Sesuai

Setiap isteri perlu berhati-hati untuk memberitahu suami workaholic mereka tentang apa yang tersirat di hatinya. Isteri perlu mencari waktu yang baik untuk berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Jangan membuka cerita dengan memarahi suami kerana ini akan membina satu ‘Challenge’ dan bertentang dengan ego suami tersebut. Suami mesti diberi masa untuk makan, mandi dan bersantai sebelum isteri membuka mulut.

2. Anak-Anak Perlukan Kasih Sayang Dan Perhatian

Isteri juga harus diingati bahawa jangan sesekali cuba memberi nasihat kepada suami kerana suami akan rasa kecil hati, terjejas dan tergugat egonya. Memadai dengan menyuarakan isi hati dan harap suami akan menimbangkan permintaan isteri agar diberi kesedaran yang kerja yang dilakukannya tidak akan habis dan anak serta isteri memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa dan suami. Kepentingan anak-anak dan isteri patut di beri keutamaan terutama sekali pada setiap hujung minggu.

3. Ajak Suami Dan Anak-Anak Pergi Bercuti

Salah satu cara mengalihkan perhatian suami workaholic kepada isteri dan anak-anak, adalah dengan cara isteri membuat perancangan pergi keluar kota atau beriadah bersama-sama suami dan anak-anak.

4. Luahkan Isi Hati

Suami workaholic perlu diingatkan oleh isterinya sendiri dengan cara meluahkan isi hati kepada suaminya tentang apa yang isterinya sedang alami.

5. Jangan Cari Salah Suami

Isteri diingatkan jangan mencari kesalahan suami dengan mengata, menuduh, membanding atau mengugut suami walaupun kita tahu yang suami itu bersalah.

6. Elak Campur Tangan Orang Ketiga

Begitu juga, jangan sampai ada orang ketiga yang menyampaikan berita ini kepada suami. Isteri hendaklah mendorong suami untuk membawa berbincang perkara yang di dalam hati dengan baik.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/