6 Jenis Kebaikan Suplemen

Kebaikan Suplemen
Kebaikan Suplemen

Kebaikan Suplemen

Kebaikan suplemen seperti vitamin, kalsium, herba, nutrien, dan mineral merupakan makanan tambahan yang membantu manusia untuk menghasilkan sesuatu yang baik bagi kesihatan tubuh badan. Suplemen juga membantu merangsang dalam menghasilkan zat-zat yang telah hilang dalam anggota tubuh badan akibat daripada faktor umur yang semakin meningkat.

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman.  Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja.

Mari ketahui 6 jenis kebaikan suplemen yang boleh buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda.

1. Zat Besi

Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Kebaikan suplemen zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

2. Kalsium

Kebaikan suplemen jenis kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf.

3. Vitamin D

Menurut doktor, kebaikan suplemen Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik.

4. Vitamin A

Kebaikan suplemen Vitamin A adalah ianya kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan.

5. Vitamin B

Kebaikan suplemen Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan.

6. Vitamin C

Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam kebaikan suplemen vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/