6 Jenis Senaman Seks

senaman seks
senaman seks

senaman seks

Pernahkah anda merasa sakit-sakit atau kekejangan otot di kaki dan di paha selepas melakukan hubungan intim? Melakukan senaman seks yang merangkumi otot di antara paha dan punggung dapat mengelakkan kesakitan dan ketegangan otot-otot di kaki dan dipaha semasa dan selepas hubungan intim. Setiap kali wanita menyenaraikan kualiti yang menjadi idaman mereka terhadap lelaki, keyakinan diri sentiasa menjadi senarai yang teratas.

Dalam diam hubungan suami isteri kita menjadi pujaan di hati kecil mereka dan sentiasa mencumbui kehebatan kemesraan hubungan suami isteri kita. Untuk mencapai ke tahap hubungan seksual yang mantap dan mendapat keyakinan diri yang hebat diranjang, senaman seks adalah salah satu jalan penyelesaiannya. Sebagai lelaki yang sentiasa melakukan senaman seks, anda akan menyedari bahawa dengan memperbaiki fizikal tubuh badan anda, ia akan membantu anda berasa lebih hebat tentang diri anda dan berkeyakinan tinggi. Ini dapat melahirkan jenis lelaki yang pasti membuat wanita tertarik untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Senaman Seks Memantapkan Hubungan Seks

Hubungan seks adalah aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal dan juga ketahanan stamina yang mantap. Kekuatan mengawal minda, nafsu, degupan jantung, rangsangan dan pencapaian klimaks semasa perhubungan intim suami isteri adalah bonus dan kelebihan kepada seseorang. Malah ia menjadi kegilaan semua orang untuk mempunyai dan mengusai kelebihan tersebut. Rumahtangga akan menjadi lebih bahagia. Pasangan masing masing akan lebih berbangga kerana mempunyai pasangan yang mantap dengan dirinya juga semantap pasangannya dengan kelebihan hebat dalam mengawal dan menguasai perhubungan intim mereka diranjang. Mereka sentiasa menentukan bila mereka mahu terangsang, bila mereka ingin mencapai klimaks dan berapa banyak kali mereka mahu mencapai klimaks bersama-sama. Semuanya ditentukan sendiri.

 1. Senaman Seks Kardiovaskular

Senaman seks kardiovaskular juga adalah cara yang terbaik untuk merangsang kehidupan seks anda. Senaman kardiovaskular jika dilakukan selama 30 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dapat memberi hasil yang mantap semasa perhubungan kelamin.

Dengan darah anda yang selalu dipam ke jantung, anda akan mendapat hasil ganjaran yang hebat seperti;

  • Ketahanan permainan ranjang yang lama
  • Kekuatan yang lebih kukuh untuk menahan satu satu posisi yang sedap
  • Mempunyai otot yang fleksibel untuk menahan posisi dengan selesa dan tanpa kekejangan

Kelebihan ini dianggap SEKSI dan dipuja oleh semua pasangan yang mengidamkan posisi yang memberikan kenikmatan bersama.

2. Senaman Seks Abdominals (Abs – Abdomen Kawasan Perut) Weil, pengarah Pusat Penyelidikan Obesiti New York, Program Berat Badan di Pusat Hospital St Luke’s Roosevelt, berkata: “Abs anda adalah kawasan badan yang paling kritikal perlu diusahakan dalam merangsang perhubungan seks. Katanya lagi, “Walau macam mana keadaan sekalipun anda tetap perlu menggunakan otot abdomen anda ketika melakukan hubungan seks.”
3. Senaman Seks PushupsJika anda ingin memilih hanya satu latihan senaman sahaja untuk dilakukan, Pushups lah senamannya, Weil berkata, “untuk semua sebab-sebab yang jelas dalam aktiviti seks kita.”
4. Senaman Seks DeadliftsSenaman ini akan mengekalkan kekuatan belakang anda sekuatnya, Weil berkata, “senaman ini juga akan menguatkan kaki dan batang tubuh anda”.

5. Senaman Seks Kegel

Kuncupkan otot pelvik anda – otot yang anda gunakan untuk menahan semasa buang air kecil. Kecutkan dan tahan otot berkenaan dengan ketat selama 3 saat, kemudian rehat selama 3 saat.

6. Senaman Seks Menguatkan Bahagian Atas Badan

Senaman seperti mendayung (Rowing), senaman flyes untuk dada dan senaman lateral raises dengan menggunakan mesin kabel crossover merupakan senaman yang mantap untuk meningkatkan prestasi anda di ranjang, menurut Weil lagi.

Senaman seks yang lain yang akan diketengahkan untuk memantapkan dan memberi kenikmatan kepada hubungan intim kita suami isteri. Kalau dulu manusia selalu melakukan aktiviti senaman bagi menguatkan tubuh badan untuk sentiasa bersedia menghadapi berperang dan sekarang kita tidak lagi dalam zaman peperanagn kecuali negara-negara yang sedang bergolak kerana konflik.

Di Malaysia kini, kita bebas daripada peperangan dan keperluan untuk melakukan aktiviti aktiviti menguatkan tubuh badan kurang dilakukan kerana kita tiada tekanan untuk melakukannya. Kita hampir lupa bahawa walaupun kita tidak dalam zaman peperangan, kita masih memerlukan tubuh badan yang kuat, gagah dan perkasa untuk memuaskan keperluan seks pasangan kita masing-masing. Seks memerlukan otot-otot yang kuat untuk kita memberi pasangan masing-masing nikmat seks yang mantap.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/