6 Kebaikan Kacang Walnut

Kacang Walnut
Kacang Walnut

Kacang Walnut

Kacang walnut adalah keluarga kekacang keras berasal dari Brazil, selain kacang pine, kacang hazelnut, macadamia dan kacang pistachio. Kesemua kacang-kacang ini mengandungi khasiat yang tersendiri. Pernahkah anda menonton filem animasi Ice Age? Kalau pernah, mungkin anda perasan ada seekor tupai yang berusaha separuh mati menyelamatkan kacangnya. Itulah kacang walnut!

Misalnya, secawan kacang walnut melengkapi 100% nilai nutrisi yang disyorkan seperti lemak omega 3 berasaskan tumbuhan, tinggi zat besi, magnesium, molibdenum, dan biotin. Nilai-nilai nutrisi inilah yang menjadikan kacang ini baik untuk sistem tubuh kita.

Antara faedahnya yang boleh didapati daripada kacang walnut ialah:

1. Baik Untuk Kesihatan Lelaki

Ini adalah antara manfaat kacang walnut ini yang kurang diketahui, di mana mampu mempengaruhi tahap kesuburan lelaki. Lelaki yang mengamalkan pengambilan kacang walnut secara konsisten dapat meningkatkan kualiti sperma mereka.

2. Manfaat Buat Otak

Walnut mengandungi beberapa sebatian pelindung saraf termasuk vitamin E, folat, melatonin, lemak omega 3, dan antioksidan. Kajian menunjukkan pengambilan kacang walnut boleh menyokong kesihatan otak, termasuk meningkatkan inferensi dalam pada remaja.

3. Mengawal Berat Badan

Mungkin ada yang tidak tahu, kacang walnut adalah di antara sumber serat yang bagus. Dengan hanya memakan secawan kacang walnut, anda akan cenderung kenyang dalam tempoh yang lama dan tak perlu makan berulang kali.

4. Mencegah Kanser

Kacang walnut didapati dapat mencegah kanser prostat sehingga 30-40%. Kajian makmal yang dibuat menunjukkan tikus yang makan 2.4 gram kacang walnut selama 18 minggu lebih kecil tumbesaran kanser prostat berbanding yang tidak memakannya. Ia juga mampu mencegah kanser payudara.

5. Baik Untuk Jantung

Walnut mengandungi asid amino l-arginine yang baik untuk pesaki jantung. Kandungan Omega 3 berasaskan tumbuhan yang terdapat dalamnya juga mampu menghalang darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

6. Penyumbang Antioksidan

Antioksidan adalah penting dalam membantu tubuh badan memerangi radikal bebas yang menyerang seiring peningkatan usia. Anda boleh dapatkannya dalam kacang ini. Penyelidik mengakui kacang ini mengandungi antioksidan yang lebih kuat dan mereka menggelarkannya “buah luar biasa”.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/