6 Kebaikan Mandi Bersama

Mandi Bersama
Mandi Bersama

Mandi Bersama

Sebahagian pasangan biasanya sering melupakan suatu kebiasaan yang merupakan sunnah bagi umat Islam, iaitu mandi bersama pasangan.

Ianya bukan hanya sekadar sunnah tetapi juga memberikan banyak manfaat diantaranya membantu dalam menambah kasih sayang hubungan antara suami isteri dan menghidupkan keharmonian rumahtangga menjadi semakin romantis. Mandi bersama pasangan ternyata juga pernah dilakukan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW mandi bersama isteri-isteri baginda. Baginda mandi bersama Ummu Salamah (HR Al-Bukhari I/122 no 316, II/681 no 1828, Muslim I/243 no 296, I/256 no 324).

Baginda juga mandi bersama Aisyah RA sebagaimana Aisyah berkata, “Aku dan Rasulullah SAW mandi bersama dari satu tempayan”. (HR Al-Bukhari I/100 no 247)

Aisyah RA juga berkata, “Aku mandi bersama Rasulullah SAW dari satu tempayan (yang diletakkan) antara kami berdua, maka Rasulullah SAW mendahuluiku (dalam mengambil air dari tempayan) hingga aku berkata, “Sisakan air buatku, sisakan air buatku”. Dan mereka berdua dalam keadaan junub. (HR Muslim I/257 no 321)

Baginda juga mandi bersama Maimunah. ( HR Al-Bukkhari I/101 no 250, Muslim I/256 no 322)

Bahkan baru-baru ini satu kajian telah menemukan, bahawa apabila seseorang itu mandi bersama pasangannya seperti mandi dengan orang yang dicintai ianya akan merehatkan minda, menenangkan fikiran dan menyihatkan badan.

“Ketika seseorang melakukan sentuhan fizikal kepada orang yang kamu cintai, secara tidak langsung otak akan menghantar isyarat memberitahu saraf agar tenang. Oleh yang demikian, kegiatan ini membantu menghilangkan sakit kepala,” ujarnya.Berikut dibawah ini adalah 6 kebaikan mandi bersama pasangan :

1. Menterjemah Perasaan Cinta
Dengan mandi bersama seseorang boleh menterjemahkan perasaan cinta kepada pasangannya dan dengan cara seperti ini juga dapat digunakan sebagai salah satu alternatif selain bercinta dan melakukan hubungan seks di atas ranjang.
2. Menenangkan Saraf
Kebaikan mandi bersama sama seperti melakukan hubungan seks atau bercinta, kerana dengan mandi bersama ianya juga dapat membantu menenangkan saraf.
3. Meredakan Stress
Gejala stress merupakan salah satu pembunuh terbesar dalam sejarah dunia perubatan. Tak perlu rasa bimbang sekiranya seseorang itu mengalami masalah stress, salah satu kebaikan mandi bersama membantu meredakan stress.
4. Merawat Tubuh Badan
Salah satu manfaat kesihatan dari mandi bersama adalah ianya dapat membantu merawat tubuh yang lebih baik. Saling mencuci dan menggosok bahagian belakang masing-masing untuk menghilangkan kulit mati dan mencegah jerawat.5. Meningkatkan
Keyakinan Diri
Mandi bersama ternyata mampu meningkatkan keyakinan diri. Selain itu juga, dengan mandi bersama ianya sebagai pengikat cinta menjadi lebih kuat dan mampan.
6. Kesihatan Jantung
Ketika seseorang itu mandi dengan pasangan dengan cara berendam di dalam air hangat selama 10 minit ianya dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular iaitu kesihatan jantung.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat mandi bersama untuk pasangan suami isteri. Ianya menunujukkan bahawa tiada rahsia di antara satu sama lain dan menunjukkan rasa kecintaan dengan menerima pasangan kita seadanya. Tataplah puas-puas setiap inci pasangan anda ketika anda bersama di bilik mandi dan ketika itulaha anda akan dapat rasakan orang yang sedang bersama-sama dengan anda adalah teman sehidup semati anda dengan satu ikatan tali perkahwinan yang sah di sisi agama.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/