6 Kebaikan Senaman Yoga

Senaman Yoga
Senaman Yoga

Senaman Yoga

Senaman yoga memang diakui memberikan kebaikan dan manfaat yang besar dalam kehidupan. Tidak hairanlah jika kaum lelaki juga amat meminati senaman yoga ini kerana kebiasaannya senaman yoga ini hanya dipelopori oleh kaum wanita sahaja.

Jarang benar kita mendengar lelaki aktif melakukan senaman yoga seperti wanita. Kebanyakan lelaki lebih gemar bersenam di dalam gym dan beranggapan senaman yoga adalah senaman yang tidak mencabar kerana ianya hanya dilakukan di atas tikar atau exercise mat. Berilah diri anda peluang untuk mencuba senaman yoga dan admin pasti anda akan menyukainya.

1. Tubuh Badan Lebih Lembut Dan Seimbang

Laporan Department of Veteran Affairs menerusi journal Stroke menemui bahawa senaman yoga memperbaiki fungsi tubuh badan dan keseimbangan pesakit yang menghidap strok. Pesakit yang mengamalkan yoga dikatakan berjaya berdikari dari terus terjatuh dan ia merupakan khabar baik buat penderita strok!

2. Postur Badan Yang Sempurna

Menghabiskan masa dengan duduk menghadap komputer boleh mengundang postur tubuh badan yang tidak baik sehingga mendatangkan risiko sakit tulang belakang. Apabila anda melakukan yoga, otot-otot dan urat di dalam badan anda menjadi kendur dan ia membantu anda mempunyai satu postur yang sempurna dan membantu anda berjalan dengan penuh bergaya dan yakin.

3. Senaman Adalah Rawatan, Bukan Penyeksaan

Kebanyakan masyarakat menganggap senaman adalah satu aktiviti yang penuh ‘seksa’ kerana perlu mengangkat berat, berlari sehingga kaki kejang, berpeluh sehingga baju basah dan sebagainya. Anda lebih memilih berlari di atas ‘treadmill’ hanya kerana anda makan terlampau banyak dan mahu membakar kalori. Senaman yoga adalah jalan terbaik untuk bersenam kerana ia merawat tubuh anda dan bukan menyeksa tubuh anda.

4. Bertindak Sebagai Penghapus Stres

Menurut penemuan yang dilakukan di Universiti Press Oxford, yoga berkesan dalam mengurangkan stres dan sakit belakang ketika bekerja. Kajian telah dilakukan ke atas peserta yang dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan melakukan senaman yoga manakala satu lagi kumpulan tidak melakukan senaman yoga. Ternyata kumpulan yang melakukan senaman yoga dilaporkan kurang stres, kurang sakit belakang dan kurang murung dan lebih tenang berbanding kumpulan lain.

5. Meningkatkan Motivasi Dan Konsentrasi

Kajian telah dilakukan oleh Universiti of illinois dan diterbitkan di dalam Journal of Physical Activity and Health di mana yoga mampu meningkatkan konsentrasi dan fungsi otak. Seramai 30 peserta yang melakukan yoga mempunyai tahap kecekapan, pembelajaran dan dan fokus yang tinggi berbanding peserta yang melakukan senaman aerobik dan berjalan di atas ‘treadmill’.

6. Tidur Yang Berkualiti

Senaman yoga membantu memulihkan pesakit insomnia meskipun hanya melakukan yoga sebanyak 45 minit seperti bermeditasi dan bernafas secara mendalam setiap malam selama lapan minggu. Pesakit insomnia kini mempunyai tidur yang lebih berkualiti, mudah bangun pagi dan bertenaga sepanjang hari tanpa merasa mengantuk.

Tolak tepi tanggapan bahawa senaman yoga ini sukar untuk dilakukan dan boleh mendatangkan kecederaan buat anda yang mempunyai tubuh badan ‘keras’. Sebenarnya, anda boleh mencuba posisi senaman yoga khusus untuk orang yang baru belajar. Ini baru dinamakan ‘yoga beginners’!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/