6 Kebaikan Senaman Zumba

Senaman Zumba
Senaman Zumba

Senaman Zumba

Senaman Zumba adalah senaman kesegaran yang menggabungkan unsur tarian salsa, tarian perut dan Bollywood. Itu yang admin baca dari internet. Walau apa pun senaman yang anda lakukan, samada ia zumba, yoga dan sebagainya, ia mampu memberikan kecergasan kepada tubuh kita.

Senaman adalah suatu aktiviti yang bagus untuk kesihatan. Sejak kebelakangan ini ada satu ‘kegilaan’ baru dalam dunia senaman iaitu zumba. Berikut adalah info tentang senaman Zumba dan kelebihannya sebagai aktiviti senaman kardiovakular, fitness dan lain-lain, yang admin rujuk daripada Kevin Zahri.

Senaman Zumba merupakan kombinasi elemen tarian dan aerobik yang mulanya diasaskan oleh seorang choreography pada tahun 1990-an sebagai program kecergasan di Colombia dan dari itu, senaman Zumba telah menjadi popular. Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hip hop, latin dan sebagainya. Jangan tak percaya, satu sesi senaman Zumba boleh membuatkan anda membakar 500 – 1000 kalori pada satu satu masa (45-60min)

Senaman Zumba sesuai diamalkan untuk ‘interval training’ bagi membakar lebih kalori dan meningkatkan endurance (ketahanan fizikal) Jangan risau, anda boleh berhibur, dan bersosial bersama rakan rakan lain dengan cara yang lebih ‘enjoy’ dan santai.

Senaman Zumba adalah salah satu cara yang menyeronokkan untuk exercise, mungkin bagi sesetengah orang, ia lebih seronok daripada usual workout. Taklah anda setiap masa buat workout yang sama dan membosankan itu. Pergerakan dance Zumba workout itu memang seksi dan membuat wanita-wanita berasa cantik dan menarik. Goyang gitu.

Tambahan lagi, intensity tinggi dan rendah yang diselang-selikan dalam senaman Zumba ini seolah olah memberi anda latihan kecergasan yang lengkap, juga satu latihan cardiovascular yang baik. Menari ala-ala latin ini memang sering melibatkan pergerakan “gelek-gelek” pinggang yang secara tak langsung kuatkan bahagian core (abs, oblique) anda.

Kebaikan Senaman Zumba Dan Kesannya Yang Perlu Anda Tahu

Senaman Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya senaman Zumba selain menjadikan tubuh badan langsing dan ‘fit’ ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!

1. Sesuai Semua Usia

Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.

Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Namun begitu, berhati-hati ketika mengikut pergerakan muzik yang rancak, lakukan lah mengikut kemampuan diri sendiri.

2. Melepaskan Tekanan

Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin. Ini menjadikan diri anda lebih ceria.

3. Lebih Bertenaga Dan Seronok

Menari dan bersenam dengan rakan-rakan yang dikenali memang seronok. Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!

4. Turun Berat Badan

Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan? Sebab itu, jika anda melakukan senaman zumba anda akan cepat kurus…

5. Badan Lebih Tegap

Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

6. Dapat Rakan Baru

Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/