6 Kebaikan Sinar Matahari Pagi

Kebaikan Sinar Matahari Pagi
Kebaikan Sinar Matahari Pagi

Kebaikan Sinar Matahari Pagi

Sebut sahaja sinar matahari pagi pasti ramai yang takut untuk berjemur kerana berfikir cahaya matahari tersebut akan membuatkan kulit menjadi gelap dan kusam. Namun, tahukah anda sinar matahari tidak patut dihindari, khususnya matahari pagi kerana ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan bagi tubuh anda.

Salah satu cara untuk mendapatkan sinar matahari yang cukup ialah dengan berjemur selama kurang lebih 30 minit setiap hari. Mari kita lihat manfaat matahari pagi untuk kesihatan tubuh anda.

Antara 6 kebaikan atau manfaat sinar matahari pagi kepada manusia ialah :

1. Melancarkan Aliran Darah

Manfaat matahari pagi juga ialah ia dapat meningkatkan dan memperlancar aliran darah dalam tubuh dengan cara melebarkan pembuluh darah di kulit sehingga membawa lebih banyak nutrisi dan oksigen ke sel-sel dalam tubuh. Hal ini akan membuatkan jantung anda sihat dan menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Baik Untuk Perut

Sinar matahari pagi juga baik untuk meningkatkan nafsu makan, meningkatkan sistem pencernaan dan juga proses metabolisme.

3. Mengandungi Vitamin D

Bukan rahsia lagi kalau sinar matahari pagi itu mengandungi Vitamin D. Vitamin D merupakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu pembentukan bersama Vitamin A dan Vitamin C. Vitamin D yang diserap masuk oleh tubuh akan diproses di dalam hati kemudian akan disimpan di bawah jaringan kulit dalam bentuk tidak aktif sehinggalah dengan bantuan sinar matahari pagi akan membuatkan Vitamin D yang telah disimpan menjadi aktif. Sinar matahari pagi boleh mengaktifkan Vitamin D jika terkena dengan kulit sekitar 10-15 minit. Selain itu,Vitamin D juga sangat berperanan untuk mencegah penggumpalan darah di kaki.

4. Meningkatkan Kekebalan Tubuh

Apabila kulit anda terkena sinar matahari pagi, ia akan menambahkan sel darah putih terutamanya limfosit yang berfungsi untuk menyerang penyakit. Secara tidak langsung, antibodi akan turut kuat. Menurut kajian, berjemur selama 10 minit di bawah pancaran matahari pagi satu atau dua kali seminggu dapat mengurangi risiko terkena selesema sehingga 30-40%.

5. Mengurangkan Paras Gula Dalam Darah

Efek sinar matahari pagi memainkan peranan penting dalam membantu menurunkan paras gula dalam darah. Hal ini kerana sinar matahari pagi adalah insulin yang memudahkan penyerapan glukosa dalam sel-sel tubuh. Sekaligus merangsang penyimpanan glukosa dalam otot dan hati.

6. Mengurangkan Risiko Barah 

Sinar matahari pagi membantu mengurangi risiko mendapat pelbagai kanser seperti kanser prostat, usus besar, payudara dan juga kanser ovari. Tapi anda dinasihatkan supaya tidak terlalu lama berjemur di bawah cahaya matahari kerana ia akan menyebabkan kanser kulit.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/