6 Keburukan Beronani

Keburukan Melancap
Keburukan Beronani

Keburukan Beronani

Beronani adalah perlakuan memuaskan nafsu syahwat dengan sendiri, tanpa bantuan pasangan. Boleh dikatakan semua individu yang telah akil baligh pernah melancap dalam hidup mereka. Kebanyakan Agama di dunia meletakkan beronani atau melancap sebagai salah satu perbuatan yang perlu dielakkan, dan meletakkan hukumnya sebagai haram. Walau bagaimanapun, masyarakat Barat menganggap beronani adalah satu perbuatan yang normal dan tidak perlu dielakkan.

Media  barat sering membicarakan dan memberi tips dan teknik beronani untuk meningkatkan kepuasan dan nikmat ketika melakukan perbuatan ini. Walaupun terdapat golongan yang berfikiran terbuka dan menganggap melancap bukanlah satu penyakit yang serius dan berbahaya, beronani yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit ketagihan seks dan memberi kesan sampingan yang buruk.

6 Keburukan Beronani : 

1. Hilang Konsentrasi

Beronani boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah untuk konsentrasi. Walaupun telah berhenti melakukan onani, kadang-kadang seseorang itu masih sukar untuk memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara.

2. Mudah Terangsang

Mudah terangsang dan bernafsu. Kadang-kala terhadap perkara yang tidak masuk akal atau tidak menimbulkan rangsangan kepada individu normal.

3. Ketagih Bahan Lucah

Tabiat beronani  boleh menyebabkan seseorang itu ketagih terhadap bahan lucah seperti filem porno dan gambar lucah. Ketagihan boleh menjadi terlalu teruk sehinggakan pada satu tahap seseorang itu terlalu ingin melancap, tetapi tiada bahan lucah yang dapat memuaskan nafsu.

4. Cepat Pancut

Pertama kali melakukan hubungan seks dengan isteri merupakan pengalaman yang ngeri akibat masalah pancut awal dan tidak dapat menahan ejakulasi.

5. Zakar Lembik

Zakar beliau juga sukar untuk keras sepenuhnya ketika hubungan seks bersama isteri, membuatkan seseorang itu tidak merasa nikmat yang sepatutnya.

6. Kemurungan

Mengalami ‘mood swing’ dan sering murung.

Kesan Positif Selepas Berhenti Dari Tabiat Beronani

Selepas seseorang itu berhenti beronani dan menjalani kehidupan seks yang normal bersama isteri, seseorang itu dapat merasakan beberapa perubahan positif yang berlaku, dari segi fizikal dan mental. Perubahan yang paling ketara ialah beliau dapat membezakan antara fantasi dan realiti. Setiap sesi beronani adalah imaginasi dan fantasi setiap individu.

Fantasi ini jika berlaku dengan terlalu kerap akan membuat individu sukar untuk membezakan antara fantasi dan realiti. Terlalu kerap beronani atau melancap akan membuat individu tersebut merasakan sesi beronani sebagai realiti dan ini akan memberi kesan buruk terhadap individu tersebut.

Merasa lebih selesa dengan tubuh beliau dan tiada lagi rasa bersalah yang dirasakan selepas setiap sesi beronani. Juga dapat merasakan nikmat yang lebih dalam hubungan seks bersama isteri. Jika sebelum ini tidak dapat bertahan lama ketika bersama isteri, selepas berhenti onani, dapat memanjangkan sesi bersetubuh. Dapat merasai nikmat bersetubuh yang tidak pernah dirasakan ketika melakukan tabiat beronani.

Pengalaman onani yang diceritakan oleh individu ini jelas menunjukkan keburukan melancap atau beronani.

Jangan Tewas Kepada Nafsu

Onani atau perbuatan melancap adalah sesuatu yang negatif. Sudah terdapat banyak contoh kesan-kesan buruk terhadap mereka yang gagal menahan nafsu, terutama nafsu syahwat. Salah satu cara terbaik untuk mengawal nafsu dan menghentikan tabiat onani adalah dengan menyibukkan diri dengan aktiviti sihat dan perkara yang positif.

Fitrah manusia sudah memberikan cara terbaik untuk melampiaskan nafsu, iaitu dengan pasangan yang sah. Oleh itu elakkan diri dari menjadi hamba nafsu, dan hargailah pasangan anda. Gunakan saluran yang betul untuk menyalurkan nafsu syahwat anda dan puaskan pasangan dengan imaginasi anda, bukan puaskan diri sendiri dengan beronani.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/