6 Kelebihan Payudara Kecil

Payudara Kecil
Payudara Kecil

Payudara Kecil

Ada tak kelebihan payudara kecil bagi wanita yang memilikinya? Boleh dikatakan majoriti wanita mengimpikan payudara yang besar, pejal dan montok. Bukan semua ya, tapi majoriti. Ini kerana persepsi yang disumbatkan ke dalam minda masing-masing bahawa kaum lelaki gemarkan wanita yang berpayudara besar.

Jika pasangan anda memilih anda sebagai pasangan hidup ‘semata-mata’ kerana saiz payudara anda yang besar, dukacita ingin saya katakan di sini anda telah memilih pasangan hidup yang salah! Hubungan yang dibina hanya atas dasar nafsu tanpa sebarang kasih sayang yang dalam adalah punca kepada kemusnahan.

Benarkah fakta ini?

Lelaki Suka Wanita Payudara Besar

Malangnya fakta ini adalah benar. Tetapi harus diingat, kaum lelaki meminati wanita yang mempunyai saiz payudara besar semata-mata didorong oleh nafsu serakah, dan bukannya perasaan sayang atau cinta.

Oleh itu wanita yang tidak dilahirkan dengan saiz payudara yang besar, anda tidak perlu risau anda mempunyai payudara kecil. Payudara kecil juga ada kelebihannya.

26345702_023_b

Kelebihan Wanita Dengan Saiz Payudara Kecil

Setiap apa yang diciptakan Tuhan pasti ada kelebihan, dan juga kekurangan. Seringkali wanita yang dilahirkan dengan payudara kecil menyesali nasib diri mereka, dan inginkan payudara yang besar.

Kenapa? Payudara kecil juga mempunyai banyak kelebihan, dan anda harus ingat tidak semua lelaki suka wanita dengan payudara besar.

Jom lihat apakah kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh wanita dengan payudara kecil.

Small-boobs-asian1

1. Mempunyai Postur Tubuh Yang Cantik

Payudara kecil membuatkan anda mudah untuk memperbaiki postur tubuh. Wanita berpayudara besar seringkali mempunyai postur tubuh yang kurang sempurna.

Saiz payudara yang besar membuatkan mereka terpaksa menanggung beban secara tidak langung memberi kesan kepada postur tubuh. Jika anda perhatikan kebanyakkan wanita berpayudara besar sedikit bongkok untuk menyembunyikan saiz payudara mereka dari mata nakal kaum lelaki.

Wanita yang berpayudara kecil tidak menghadapi masalah ini, malah bebas mendepangkan dada untuk memperbaiki postur tubuh. Ini secara tidak langsung membuatkan wanita dengan payudara kecil kebanyakkannya mempunyai postur tubuh yang cantik.

a011936brasma

2. Mudah Dirangsang Dan Terangsang

Kajian yang dilakukan oleh pakar seksual mendapati majoriti wanita dengan payudara kecil lebih mudah dirangsang dan terangsang berbanding wanita dengan payudara besar.

Menurut mereka, ini berlaku kerana payudara yang besar memiliki kuantiti lemak yang tinggi berbanding kelenjar atau saraf. Ini membuatkan mereka kurang bertindakbalas terhadap rangsangan. Berbeza dengan saiz payudara kecil yang mengandungi kurang lapisan lemak dan nilai kuantiti kelenjar yang tinggi.

Secara tidak langsung wanita dengan payudara kecil mudah dirangsang, dan lebih mudah menerima rangsangan berbanding wanita dengan payudara besar.

Essential-Tips-for-Women-With-Small-Boobs-14

3. Kelihatan Lebih Muda

Payudara kecil memberikan efek seseorang wanita itu kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar. Ini berbeza dengan payudara besar.  Jika anda perhatikan, seringkali wanita dengan payudara besar akan kelihatan lebih tua daripada usia mereka yang sebenar.

Ini adalah efek psikologi semata-mata dan tidak ada kaitan dari segi sains atau kesihatan.

Semua payudara, kecil atau besar akan kendur dan hilang keanjalan selari dengan meningkatnya usia. Oleh itu payudara besar memberi kesan bahawa payudara sudah kendur, walaupun hakikatnya tidak.

Namun begitu, dengan teknologi pakaian dalam pada masa kini, kesan payudara kendur dapat dikurangkan.

Essential_Tips_for_Women_With_Small_Boobs09

4. Tidur Dengan Selesa

Ramai yang tidak tahu perkara ini, tetapi untuk pengetahuan anda wanita dengan payudara besar agak sukar untuk mengalami tidur yang selesa, tambahan lagi jika wanita tersebut adalah seorang yang suka mengubah posisi ketika tidur.

Wanita yang berpayudara besar akan mengalami kesukaran untuk mengubah posisi tidur kerana saiz payudara mereka. Masalah ini tidak akan dihadapi oleh wanita dengan payudara kecil.

huit-lingerie-tandem-ss14

5. Bebas Melakukan Sebarang Aktiviti Fizikal

Payudara yang besar sering menjadi penghalang untuk wanita yang memilikinya menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal yang mereka gemari.

Contohnya wanita yang mempunyai payudara yang besar akan berasa kekok untuk berjogging di tempat awam kerana takut mata-mata nakal menjeling payudara mereka yang melantun ketika berjogging. Malahan walaupun mengenakan bra sukan sekalipun, mereka masih berasa ragu-ragu dan malu.

Masalah ini tidak pernah dihadapi oleh wanita dengan payudara kecil. Wanita dengan payudara kecil bebas melakukan sebarang aktiviti fizikal seperti bersukan, dan sebarang aktiviti lasak yang mereka inginkan. Mereka tidak perlu risau saiz payudara mereka menjadi penghalang untuk melaksanakan minat mereka.

f0a881d0-e8c0-0133-e6ed-0a315da82319

6. Mudah Memilih Pakaian

Saya pasti kelebihan ini ramai yang tahu. Wanita dengan payudara kecil mempunyai sebarang masalah untuk memilih pakaian atau baju yang mereka gemari.

Berbeza dengan wanita dengan payudara besar yang perlu memilih baju yang sesuai dengan saiz payudara mereka. Baju yang terlalu kecil akan terlalu menonjolkan payudara, dan sebaliknya.

Walaubagaimanapun, situasi ini semakin berubah kerana semakin ramai pereka fesyen yang peka dengan wanita dengan payudara besar dan mula mereka dan mengeluarkan pakaian yang sesuai untuk wanita-wanita ini.

seafolly-oasis-bikini-674x1024

Saiz Payudara Tidak Menjadi Masalah Dalam Hubungan Seks

Sebenarnya saiz payudara tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan seksual suami isteri. Tidak ada kajian yang dapat membuktikan saiz payudara memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kepuasan dalam hubungan seks.

Walaubagaimanapun, rangsangan pada payudara amat memainkan peranan ketika di ranjang. Rangsangan yang diberikan pada payudara pasangan akan menentukan sama ada pasangan tersebut bersedia sepenuhnya untuk aktiviti seterusnya ataupun tidak.

Malah sudah pasti ramai yang tahu bahawa payudara wanita adalah salah satu daripada organ seks pada tubuh wanita yang juga titik ghairah atau zon erotik utama.

Oleh itu amat perlu para suami mengetahui dan mempelajari teknik sebenar untuk ‘bermain-main’ dengan payudara isteri mereka.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/