6 Khasiat Daun Pandan

daun pandan
daun pandan

daun pandan

Daun pandan sememangnya banyak kegunaan dan rasanya semua orang tahu bahawa daun pandan memang wangi. Disebabkan wangian atau harumannya yang unik, maka ada orang suka letakkannya di dalam masakan. Bahkan kalau nak masak nasi lemak tu, macam tak sah kalau tak letak daun pandan.

Begitu juga halnya bilamana dalam majis perkahwinan, kalau takde daun pandan yang dirincik-rincik dijadikan bunga rampai macam tak sah rasanya. Mesti nak kena ada, kalau tidak majlis tu macam ada something missing.. hehe..

Baiklah dalam artikel kali ini admin ingin kongsikan 6 khasiat daun pandan yang boleh digunakan untuk kebaikan bersama.

Menyembuhkan Sakit Pangkal Peha, Sakit Tulang Dan Kejang Urat

Sakit sepertimana yang disebutkan di atas atau sesetengah orang panggil sakit encok boleh diubati dengan menggunakan daun pandan. Caranya ialah dengan menggunakan 5 helai daun pandan, 20 helai daun sirih dan satu sudu besar minyak kayu putih. Campurkan kesemua bahan tersebut. Tumbuk agar sedikit hancur dan lumurkan pada bahagian yang sakit.

1. Menurunkan Darah Tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu, biarkan ia menyejuk dan minum airnya. Amalan ini dikatakan membantu menurunkan darah tinggi… insyaAllah.

2. Membunuh Kuman Dalam Darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Mengelak Makanan Cepat Basi

Dikatakan bahawa antara tujuan memasukkan daun pandan semasa memasak ialah untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi. Selain itu, menurut orang tua-tua, jika ianya dicampur dalam masakan (mengandungi daging) membantu melembutkan daging.

4. Melicinkan Kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang sukatan 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan Rahim

Akarnya boleh direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan setiap hari selama 40 hari.

6. Menyembuhkan Gejala Payudara Bengkak

Ambil 2-3 helai daun pandan. Tumbuk sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur makan. Selepas itu lumurkan pada bahagian payudara yang bengkak untuk proses penyembuhan.

 Kesimpulan

Setiap tumbuh tumbuhan yang terdapat di muka bumi ini Allah jadikan ianya sebagai sumber penawar dan ubat kepada banyak penyakit di dunia ini. Masih banyak lagi tumbuh tumbuhan yang masih dikaji oleh para saintis dan doktor-doktor untuk memberikan manfaat kepada manusia sejagat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/