6 Khasiat Ikan Tuna

Khasiat Ikan Tuna
Khasiat Ikan Tuna

Khasiat Ikan Tuna

Ikan merupakan salah satu menu makanan sihat. Ikan tuna merupakan salah satu makanan laut yang menyihatkan. Ikan tuna kaya dengan vitamin B kompleks dan juga asid lemak Omega 3. Selain itu, ikan tuna juga kaya dengan sumber protein baik dan tinggi kalium, sehingga ia menjadi salah satu makanan terbaik untuk kesihatan.

Kebiasaannya bagi orang yang mengamalkan diet dan menjaga badan seperti ahli bina badan yang kerap melakukan workout di gym, pengambilan makanan seperti ikan tuna dan ikan salmon dengan memasak cara grill atau steam tanpa menggoreng menggunakan minyak adalah menjadi menu harian kerana disamping membekalkan tenaga ianya juga kurang lemak dan kolesterol.

Terdapat banyak khasiat ikan tuna yang boleh anda peroleh, di antara 6 khasiat ikan tuna kepada kesihatan manusia adalah:

1. Sumber Protein Tinggi 

Tuna mengandungi banyak nutrisi bermanfaat, tetapi protein adalah salah satu yang tertinggi daripada semua itu.Protein bermanfaat supaya kulit lebih bersinar, kuku, rambut dan darah yang sihat.

2. Menjaga Kesihatan Mata

Tingginya tahap asid lemak Omega 3 dalam ikan tuna juga bermanfaat untuk kesihatan mata  dan dapat membantu mencegah ‘degenerasi macula’, yang berkaitan dengan usia dan mata kering.

3. Mencegah Obesiti

Manfaat lain dari asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan tuna adalah kemampuannya untuk mengurangkan risiko obesiti sekaligus meningkatkan respons insulin tubuh. Asid lemak Omega 3 mampu merangsang hormon yang disebut ‘leptin’, yang membantu metabolisme tubuh dan turut mengatur berat badan dan makanan tambahan tubuh. Di samping itu, ikan tuna juga rendah kalori dan memiliki kandungan lemak baik. Makanan ini cukup selamat dimakan oleh anda yang takut gemuk!

4. Mencegah Kanser

Ikan tuna mengandungi silenium dan vitamin E yang boleh membantu mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser pankreas dan beberapa organ yang memiliki saluran penghadaman seperti kerongkong, perut dan usus besar. Kandungan asid lemak Omega 3 dalam ikan tuna juga boleh membantu mencegah kanser payudara dan mengawal risiko penularan leukemia.

5. Menjaga Kesihatan Jantung

Ikan tuna juga bermanfaat untuk mengawal risiko penyakit kardiovaskular. Asid lemak Omega 3 yang terkandung di dalamnya membantu mengurangkan pembekuan darah, mencegah serangan jantung dan stroke. Selain itu, manfaat ikan tuna juga mampu mencegah peradangan dan perubahan kolesterol menjadi plak yang menyumbat saluran arteri.

6. Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan Omega 3 pada ikan tuna juga berguna untuk menurunkan tekanan darah,memperlancarkan peredaran darah dan menghilangkan penyumbatan pada aliran darah. Pengambilan ikan tuna secara rutin lebih tahan terhadap serangan darah tinggi.

Kesimpulannya

Walau apa pun makanan yang anda makan, jangan sesekali mengabaikan pengambilan makanan ikan sebagai menu pilihan anda dan keluarga kerana khasiat dan sumber protein di dalam ikan dapat membekalkan nutrien kepada anak-anak anda yang sedang membesar agar menjadi seorang yang bijak dalam pembelajaran dan sihat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/