6 Khasiat Mandi Air Panas

Khasiat Mandi Air Panas
Khasiat Mandi Air Panas

Khasiat Mandi Air Panas

Anda suka mandi air panas? Bagi sesetengah orang, mandi air panas cukup menyenangkan. Orang tua-tua cakap mandi air sejuk bagus untuk kecerdasan otak anak-anak tetapi jika air terlalu sejuk ditambah dengan cuaca di luar sana yang baru lepas hujan adalah tidak sesuai untuk memandikan anak dengan air sejuk. Pada cuaca beginilah air panas sangat berguna untuk memandikan anak-anak atau pada diri kita sendiri.

Memasang pemanas air atau heater di rumah adalah perkara biasa dan ia adalah peralatan elektrik wajib pasang di setiap rumah. Kesan daripada mandi air panas dikatakan sangat nikmat kerana ia membuatkan tubuh menjadi lebih relaks. Sungguhpun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa mandi air panas mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat yang baik untuk kesihatan dan juga kecantikan.

Mari bersama admin kita lihat 6 khasiat mandi air panas untuk kesihatan tubuh badan manusia seperti yang tertera di bawah ini.

1. Melembabkan Kulit

Mandi dengan air panas akan membuka ruang pori-pori dan membersihkan kotoran serta minyak yang terperangkap di dalamnya. Kehangatan semulajadi daripada air panas juga turut membuat kulit menjadi lembut dan kenyal.

2. Meredakan Penyakit Batuk

Dengan mandi air panas, ia dapat meredakan penyakit batuk yang sedang dihadapi. Ini kerana dengan menghirup wap panas yang terhasil daripada air panas tersebut mampu menghilangkan ‘phlegm’, yang merupakan penyebab iritasi pada bahagian kerongkong.

3. Meringankan Diabetes

Dengan mandi air panas, dapat melegakan penderita diabetes. Ini adalah kerana dengan berendam selama setengah jam mampu menurunkan tingkat gula dalam darah yang ada bagi penderita diabetes.

4. Melegakan Stress

Mandi air panas mampu membuatkan anda menjadi lebih relaks. Tubuh anda menjadi lebih tenang sehingga rasa stress pun hilang di saat fikiran anda sarat dengan pelbagai masalah yang melanda.

5. Tidur Lebih Lama

Bagi anda yang mengalami kesukaran untuk tidur, cubalah berendam dengan air  suam ini. Biarkan tubuh anda relaks dan lebih tenang sehingga ia membuatkan anda rasa mengantuk. Akhir nanti anda boleh menikmati tidur yang lebih lena ataupun nyenyak.

6. Melancarkan Perjalanan Darah

Dengan mandi air panas, dapat memperlancarkan perjalanan darah, yang mana salah satunya peredaran darah yang menuju ke bahagian otak. Secara tak langsung, ia akan mencegah anda daripada di serang migrain.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/