6 Khilaf Seks Harus Dielakkan

Khilaf Seks
Khilaf Seks

Khilaf Seks

Apa yang anda sebagai lelaki faham tentang khilaf seks? Adakah semua lelaki tahu segalanya tentang wanita atau pasangannya? Mungkin disitu terdapat khilaf seks atau silap percaturannya isu ini. Setelah bertahun-tahun, anda masih samar-samar tentang hubungan intim juga sukar melenyapkan kekeliruan ketika bersama. Ini boleh mengundang khilaf seks! Lelaki cenderung memikirkan diri sendiri ketika melakonkannya. Wanita pula sering bersikap malu-malu mahu mengatakan adegan pilihan mereka.

Khilaf Seks 1 : Diam itu Emas? 

Lelaki biasanya akan diam kala mengadakan hubungan seks kerana tumpuan hanya difokuskan kepada nikmat yang dirasainya. Tetapi apabila wanita mula bersuara, seperti biasa, lelaki akan mula berandaian dan soalan mula dikemukakan ‘apa yang menyeronokkan dan menyakitkan wanita?’. Hargai tindak balasnya! “Saya rasa, beginilah yang saya mahukan,” perbualan beginilah yang akan dapat membantu.

Khilaf Seks 2 : Faraj Basah = Mengasyikkan

Biasanya ketika bersetubuh, lelaki akan sedikit turn off jika faraj wanita tidak cukup basah. Usah gusar. Mitos, jika kamu sedang berahi, situasi faraj basah tidak semestinya terjadi pada setiap wanita. Sesetengah wanita cenderung untuk lebih basah farajnya daripada wanita lain ketika asyik melakukan foreplay dengan merangsang biji kelentit atau klitoris pada vagina. Ini bergantung kepada kondisi tubuh wanita itu sendiri. Ia boleh berubah dari hari ke hari mengikut fasa kitaran haid juga pengaruh lain seperti kesan ubat-ubatan juga tahap tekanan yang dialami.

Khilaf Seks 3 : Anda Tahu Apa Dia Mahu

Lelaki sering mengandaikan bahawa setiap wanita menyukai sesuatu yang sama. Inilah kesalahan paling ketara! Ingat, setiap wanita berbeza antara satu dengan yang lain. Berfikir matang secara seksual, bila tidak semua wanita sama, maka kehendak seks juga nyata berbeza. Ini bukan sahaja boleh dikaitkan dengan seks, begitu juga dalam perhubungan. Lebih bijak jika anda berdua bersikap terbuka dan cuba memahami kehendak sesama sendiri.

Khilaf Seks 4 : Anda Ada Apa Dia Mahu

Anda berdua memang pelakon yang mesti ada dalam setiap adegan, namun tidak selalunya ia berjaya. Anda berdua mungkin memerlukan ‘alat bantuan’. Lokasi, pakaian, suasana dan sebagainya memainkan peranan penting. Paling berjaya, jika kamu pandai mengambil hati pasangan. Buat si dia berasa gembira dan selesa sepanjang hari. Bermanja juga boleh meleraikan permasalahan di minda. Jika ‘ajakan’ anda diterima dengan hati terbuka juga minda tenang dan kosong, perjalanan cinta pasti lebih menyenangkan.

Khilaf Seks 5 : Nikmat Seks Bersama 

Kecenderungan untuk berselisih faham tentang seks berlaku setiap kali selepas bersetubuh. Wanita biasanya terlalu menjaga perasaan lelaki dan ini memberi keyakinan pada pasangan bahawa dia telah memberi nikmat seks yang sama seperti dirasainya. Di sinilah titik kesilapan bermula. Tanpa komunikasi segalanya seakan mati. Lelaki juga harus peka. Adakah dia benar-benar menikmatinya atau cuba merahsiakan sesuatu? Ada wanita yang menginginkan seks oral lebih dari permainan asas. Bereksperimenlah, kamu bakal mengesannya nanti.

Khilaf Seks 6 : Pakar Tentang Tubuh dan Anatominya

Ya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa lelaki arif tentang lokasi aset wanita namun ini tidak membuktikan lelaki benar-benar memahami fungsi dan rasanya apabila disentuh. Ada lelaki yang kurang mahir bila menyentuh bahagian-bahagian sulit wanita. Bagaimana pula reaksi pasangan anda apabila sentuhan terkena bahagian sensitifnya? Majoriti gemarkannya, minoriti menolaknya. Ada kalanya wanita lebih terarah kepada rangsangan tidak langsung. Bagaimana mahu mengetahui kesukaannya? Go, and ask her!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/