6 Kunci Fahami Lelaki

Fahami Lelaki
Fahami Lelaki

Fahami Lelaki

Kunci fahami lelaki sangat mudah jika anda sebagai wanita memahami karakter pasangan sepanjang perkenalan sebelum mengikat tali perkahwinan. Mungkin sesetengah wanita menganggap sukar untuk fahami lelaki kerana sikap ego yang terlalu tinggi dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri sekiranya membuat kesalahan.

Dalam hubungan kita sering meletak setinggi harapan agar pasangan menjadi seperti mana yang kita ingini. Hakikatnya tidak sebagaimana yang anda inginkan. Lalu wanita beranggapan, untuk fahami lelaki terlalu sukar. Sejauh mana kebenarannya? Mungkin fakta berikut boleh membantu anda untuk lebih memahami pasangan.

1. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang sensitif atau meluahkan masalahnya atau apa jua yang dirasai. Selagi masalah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak bagi lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan membisu. Sama ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk meluahkannya.

2. Lelaki Dan Ego

Biasanya lelaki mempamerkan keegoannya pada dua masa, di pejabat dan di rumah. Tidak dinafikan , ramai wanita yang merasa bosan menghadapi lelaki yang ego begini. Tetapi tidak ada ruginya jika anda mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia merasa senang, semua orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutama orang yang dicintai.

3. Lelaki Tidak Suka Tekanan

Lelaki perlukan keselesaan perasaan dan tidak suka tekanan. Apalagi jika tekanan itu datang daripada pasangan. Jadi bagi wanita jika mempunyai perasaan sangsi terhadap pasangan , jangan terlalu ditonjolkan . Belajar membendung dan atasinya secara senyap untuk fahami lelaki ini.

4. Jangan Paksa Lelaki

Sikap semula jadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya. Sebaliknya kebanyakan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara begitu sebenarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak, semakin lelaki akan membisu dan berhelah. Cara terbaik untuk fahami lelaki ialah membaca bahasa badan, matanya atau perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau si dia sedang bermasalah.

5. Lelaki Gemar Berahsia

Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa saja yang dirasai dengan wanita lain. Sebaliknya tidak bagi lelaki . Malah untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk bercerita dengan teman lelakinya yang rapat.

6. Lelaki Tidak Kompleks

Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-kerja rumah. Sedangkan mereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan bererti pasangan anda seorang yang konservatif atau sememangnya untuk fahami lelaki ini amatlah kompleks. Sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus-terang jika anda ingin meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/