6 Makanan Pulih Kejantanan

Makanan Pulih Kejantanan Lelaki
Makanan Pulih Kejantanan Lelaki

Makanan Pulih Kejantanan Lelaki

Lelaki yang sudah berkahwin perlu memastikan pengambilan makanan yang boleh membantu pulih kejantanan mereka di atas ranjang ketika melakukan hubungan seks bersama isteri. Banyak faktor yang menyebabkan prestasi seks lelaki merosot apabila bersetubuh dengan pasangan. Antaranya adalah disebabkan penat bekerja, umur meningkat, tiada mood, stres dan juga zakar cepat lembik selepas pancutan air mani yang pertama.

Jangan bagi alasan hari cuti sebegini anda lebih memilih snek sebagai makanan di hari hujung minggu anda. Sebagai lelaki, anda memang memerlukan nutrien untuk membantu anda mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan sebagainya. Banyak makanan kegemaran anda bukanlah pilihan baik untuk kesihatan dalaman dan pulih kejantanan lelaki. Seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang hamil, anda juga perlu makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata si dia.

Berikut dibawah ini adalah 6 makanan pulih kejantanan anda untuk beraksi di atas ranjang dengan prestasi terbaik.

1. Telur

Berita baik untuk anda yang mudah mengalami keguguran rambut. Penyelesaiannya, masukkan telur ke dalam menu harian anda. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia dan juga telur berkhasiat untuk membantu anda pulih kejantanan lelaki.

2. Kacang Brazil

Kacang Brazil adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Selain membantu pulih kejantan lelaki ia juga merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood. Selain itu, ia juga baik untuk jantung dan hati.

3. Tiram

Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan yang paling digemari lelaki kerana mampu pulih kejantanan lelaki dan juga dikenali sebagai makanan cinta adalah benar. Kandungan antioksida dan zink mineral di dalamnya mampu membantu memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit kanser prostat. Fungsi seksual sistem pembiakan lelaki termasuk bilangan sperma juga akan bertambah kerana bantuan zat seperti zink. Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan dikenali sebagai Vibrio vulnificus akan menyerang anda nanti.

4. Pisang

Buah pisang merupakan sumber terpantas untuk mendapatkan tenaga selain kaya dengan zat potasium yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan jantung dan tekanan darah. Kandungan kalium dan magnesium juga boleh membantu mengurangkan risiko diserang strok. Kaya dengan vitamin B-6, pisang membantu meningkatkan sistem imunisasi dan menambah sel darah merah. Jadi, jangan lupa menikmati sebiji pisang setiap hari  atau sebelum anda menuju ke gym.

5. Lemak Ikan

Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan makerel merupakan ikan yang kaya dengan sumber Omega-3 asid lemak. Pakar pemakanan juga menggalakkan anda mengambil menu ikan dua kali seminggu. Kebaikan mengambil makanan kaya Omega-3 ini adalah membantu melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kanser prostat dan memelihara kesihatan jantung. Jika anda bukan penggemar ikan, flaxseed, kacang walnut, minyak canola dan telur boleh diambil sebagai ganti.

6. Brokoli

Kaya dengan vitamin C, beta karotin dan potasium mampu membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Kandungan phytochemical yang digelar sulphoraphane pula merupakan bahan pencegah prostat dan kolon yang kerap menyerang lelaki. Kajian dari Universiti Harvard medapati lima hidangan seminggu mampu membantu mencegah penyakit kanser pundi kencing. Bagi anda yang bukan peminat brokoli, kubis, bok choy, kubis bunga dan taugeh boleh membantu anda mencegah kerisauan diserang kanser.

Masih sempat lagi untuk anda menuju ke pasar pagi untuk mencari makanan-makanan sihat dalam menyediakan makanan pulih kejantanan lelaki. Jika sebelum ini anda bukanlah seorang yang mementingkan kesihatan, masih belum terlambat lagi untuk anda menjaga kesihatan tubuh badan anda. Hendak ‘pakai’ lama, kenalah jaga supaya wanita percaya anda sentiasa yang terbaik buat mereka.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/