6 Maksud Mimpi Akil Baligh

mimpi akil baligh
mimpi akil baligh

mimpi akil baligh

Apa maksud mimpi akil baligh? Mimpi akil baligh atau lebih dikenali sebagai mimpi basah bagi orang lelaki dewasa yang mencapai tahap dewasa apabila air mazi bercampur dengan air mani keluar ketika tidur dan ianya berpunca daripada imaginasi seks yang tinggi membayangkan dirinya melakukan hubungan seks dengan seorang wanita. Mimpi akil baligh menandakan seseorang itu sudah cukup umur untuk berkahwin dari segi keupayaan seksualnya tetapi itu tidak bermaksud dirinya sudah matang sepenuhnya.

Kata orang tua-tua, mimpi hanya mainan tidur. Ada pula yang mempercayainya walaupun imej-imej ini kabur ditafsirkan, tetapi ia bukan mustahil. Begitu juga dengan mimpi berahi. Ada simbol-simbol yang berkait rapat dengan rutin seks anda. Tahukah anda semua imej yang hadir dalam mimpi akil baligh punya situasi seksual dan erotik yang berlainan konteks? Banyak makna yang terselindung di sebalik mimpi yang anda alami. Mimpi juga dapat membantu anda memulihkan aktiviti seks.

Berikut di bawah ini admin ingin kongsikan 6 jenis mimpi akil baligh dan maksudnya.

1. Seks Secara Terbuka
Mimpi akil baligh dengan melakukan hubungan seks secara terang-terangan dengan imej anda beronani, melakukan hubungan intim bersama pasangan, oral seks dan sebagainya mudah dirungkaikan. Jika anda sedang hangat ‘bersama’ di dalam mimpi, bermaksud anda mahukan seks luar biasa bersama pasangan atau sesiapa yang digaulkan pada saat ini. Ini juga boleh dikaitkan dengan pengalaman berahi anda dan pasangan di mana saat intim bersama mendapat kepuasan paling maksimum.

2. Makanan dan Minuman
Bermimpi akil baligh tentang juadah makanan dan minuman memberi maksud membayangkan suatu hubungan bersama yang mengasyikkan. Lebih eksotik impian selera anda, menunjukkan kemesraan dan keinginan seks yang kerap. Jika dalam mimpi itu anda memberi makanan kepada pasangan, ia membawa hasrat mahu memuaskan dia dan memupuk rasa mesra bersama. Jika memberi makanan kepada orang lain, ini sebenarnya menonjolkan keinginan mahu menggoda seseorang yang baru hadir dalam hidup anda. Jika seseorang memberi makanan kepada anda, anda mahu tumpuan terarah hanya kepada anda kala hubungan seks berlaku.

3. Terbang
Setiap dari kita pasti pernah bermimpi akil baligh jenis ini iaitu terbang bebas di langit biru. Fahami erti mimpi ini, ia menunjukkan kebebasan dan keasyikan seksual. Maka tidak hairanlah anda tidak mahu bangun dari lena! Jika anda terbang dengan yakin, maka anda berasa amat positif dengan kehidupan seks jika sebaliknya, anda rasa ragu-ragu dengan hubungan seks anda.

4. Mimpi Akil Baligh Lambang Haiwan
Haiwan selalunya mewakili suatu siri yang ditakrifkan sebagai konsep, idea dan tafsiran mimpi yang jelas. Misalnya, seekor kucing mewakili kepuasan yang sangat tinggi. Kuda pula mewakili pasangan anda yang kuat dan sihat, manakala haiwan yang perkasa menunjukkan pasangan yang sebenar, ideal dan sentiasa anda diigaukan. Burung pula menonjolkan pasangan yang punya keghairahan seksual yang tinggi. Berita buruk jika anda bermimpikan ular kerana ia mewakili ketakutan, perasaan yang terpendam, keinginan seks yang sukar ditelah juga sering beremosi.

5. Air, Hujan, dan Guruh
Imej air dan fenomena alam yang lain sering hadir di latar belakang mimpi akil baligh anda. Makna yang tersirat di sebalik kabus, hujan, sungai, ribut menunjukkan perasaan seksual tersendiri. Air biasanya mewakili keinginan seks anda. Sungai umpama gelodak rasa yang terbangkit dek nafsu yang hangat dan sukar digambar. Gelora lembut mengasyikkan amat sinonim dengan kepuasan seksual. Biasanya mimpi seperti ini dialami selepas adegan anda ‘bersama’. Kabus dikaitkan dengan perasaan yang tersembunyi mahukan seks sebenar ataupun keinginan lain. Hujan pula ibarat kemelesetan juga kesedihan yang terpendam tentang keupayaan seks. Guruh pula ibarat paparan ketakutan dan kebimbangan. Lebih kuat bunyinya, lebih berkuasa emosi luruh anda.

6. Struktur Fizikal
Anda bermimpi akil baligh dengan berjalan di mahligai atau istana ertinya anda berfikir untuk mencuba sesuatu aktiviti seksual yang baru. Kemegahan dan ketinggian bangunan membawa erti anda perlu mempertingkatkan lagi rutin seks dan mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Sebaliknya jika anda mimpi mengadakan hubungan seks di suatu tempat yang biasa dan membosankan, anda perlu menukar tabiat seks anda. Bila mimpi mengadakan hubungan seks di rumah orang lain, anda dikaburi kesedihan dan kesepian. Jika mimpi terperangkap di dalam bangunan, mungkin menunjukkan perasaan sunyi dan tidak puas hati dengan rutin seks yang anda lalui.

Maksud mimpi akil baligh yang dinyatakan di atas ini hanyalah berdasarkan pengalaman remaja yang admin dapat ketika melakukan survey. Ianya tiada sokongan daripada fakta atau kajian saintifik yang menyokong maksud yang admin nyatakan di atas. Sekadar berkongsi pengetahuan dan berdasarkan pengalaman orang yang mengalaminya sahaja.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/