6 Minuman Sejukkan Badan

sejukkan badan
sejukkan badan

sejukkan badan

Apakah minuman yang perlu anda minum untuk sejukkan badan bila berhadapan dengan cuaca panas terik yang berpanjangan? Jawapannya akan admin kongsikan bersama anda sebentar je lagi kerana info ini sangat berguna bagi sesetengah orang yang badannya cepat berpeluh akibat kepanasan.

Cuaca panas melanda negara kita sekarang. Tahap kepanasan dan bahangnya sampai berpeluh-peluh kita dibuatnya kalau berada dalam rumah, walaupun kipas dah buka sampai paling habis kuat. Kadang-kadang, tengah tidur pun boleh berpeluh dibuatnya. Keadaan ini juga menyebabkan badan kita sering panas dalam dan menyebabkan tekak terasa kering, badan lemau, berpeluh sepanjang masa dan pening kepala kalau dah sampai tahap panas hingga ke kepala.

Seperti yang admin janjikan minuman untuk sejukkan badan ada di bawah ini:

1. Biji Kembang Semangkuk

biji kembang semangkuk

biji kembang semangkuk

Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang. Sebenarnya, selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga dikatakan turut mempunyai khasiat ubatan. Ia dikatakan mampu sejukkan badan dari dalam, menjadi ubat untuk penyakit asma, batuk kering, buasir, pelbagai jenis demam panas, pendarahan hidung, perut, usus atau pundi kencing, melawaskan pembuangan air besar, merawat masalah kulit yang terlampau terdedah kepada cahaya matahari, masalah ginjal dan masalah cacing dalam perut dan usus. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam dan minum.

2. Air Kelapa Muda

air kelapa muda

air kelapa muda

Alangkah indahnya kalau ditengah-tengah cuaca panas ini kalau dapat menikmati air kelapa muda. Sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan berfungsi sejukkan badan dari dalam secara semulajadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam.

3. Sengkuang Cina

sengkuang cina

sengkuang cina

Sengkuang cina ini bukan sahaja boleh sejukkan badan anda yang sedang panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat dalam badan anda. Selain itu, mereka yang menghidap cystitis dan jangkitan saluran kencing boleh diberikan sup sengkuang cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk.

4. Kundur

kundur

kundur

Kebanyakan orang pasti akan salah sangka yang buah kundur ini adalah mentimun. Sebenarnya bukan. Kundur ialah daripada keluarga Cucurbitaceae, dikenali dalam bahasa inggeris sebagai winter melon. Masyarakat cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan sejukkan badan dengan menstabilkan suhu badan. Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan anda dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.

5. Krisantimum

krisantimum

krisantimum

Teh krisantimum adalah antara minuman popular dikalangan masyarakat cina. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas dengan sejukkan badan. Caranya menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas beserta gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.

6. Cincau

cincau

cincau

Anda sudah tentu dah kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau ini terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan Mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatan seperti agar-agar. Cincau ialah minuman sejukkan badan dari dalam secara semulajadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/